Tuesday, December 21, 2010

Kembali Di Sini....

"Kembali di sini... mewarnakan seri,
 Selari alunan citarasamu.." (lagu ukays..nyanyi sendiri lah..huhu)

Salam semua... rasanya dah terlalu lama blog ini tidak ter'update'... Kekangan masa yang melampaui batas... Ramai juga yang bertanyakan ke manakah menghilangnya diriku ini... Diriku masih lagi setia di sini.. Cuma tidak aktif sahaja.. Banyak perkara yang berlaku sepanjang dua bulan ini... Semuanya nanti akan ku coretkan di sini jika berkesempatan..

Untuk post kali ini, aku lebih tertarik untuk berkongsi kisah 'Arfa Adiya kembali ke Jerantut. Ahah, semuanya menggamit memori lalu. Kadang-kadang aku tersenyum dan adakalanya aku menggelengkan kepala. Tidak kiralah samada perkara yang telah berlaku itu sedih mahupun gembira, kedua-duanya pasti akan menjadi sesuatu yang terindah bila dikenang semula.

Kedatanganku bersama keluarga kali ini ingin mengunjungi kakak ipar keduaku yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Hm, bertambah lagi bilangan anak buahku. Ini bermakna, poket yang berisi duit raya untuk tahun akan datang akan menjadi lebih tebal.. huhu..

Tak ada apa yang boleh aku lakukan sepanjang berada di situ kerana cuaca yang tidak menentu. Hujan turun mencurah-curah. Line telefon pun tinggl satu bar saje.. Nak line clear kena duduk belakang rumah atau di tepi jalan... Line internet???? Hm, dah kalau line telefon pun suam-suam kuku inikan pula line internet... Memang tak ada langsung. Pendek kata, mati kutu jugalah bila berada di sana. Dalam keterpaksaan, aku merajinkan diriku untuk masuk ke dapur... bukan masuk ke dapur untuk meneguk minuman tetapi untuk belajar memasak... Haha.. Mulut ini pun menjadi ringan untuk bertanya itu dan ini kepada Tok Wan tentang kehidupan di situ. Walaupun adakalanya aku tidak memahami butir percakapan Tok Wan, aku tetap tersenyum sambil sesekali menganggukkan kepala. ;p

Orang yang dah lama tak balik ke kampung pasti berasa canggung bila berada di sana.. Betul tak? Sama juga dengan aku. Baru tiga jam kat sana, aku dah tanya mak bila nak balik ke Melaka.. Hahaha...
Kesimpulannya, sepanjang dua hari di sini ada perkara baru yang aku perolehi.. Memasak?? Oh, sure I can.. Jangan pandang I tak ada mata.. hoho.. Apa yang lebih penting, idea untuk aku menulis karya yg seterusnya juga aku perolehi ketika di sini saat terpandangkan si kecil berdua di bawah ini... 


 Dhiah Qaisara                                                                       Hani Madihah
                                                                 

                 

Tuesday, October 12, 2010

Kisah anak berkerjaya sekarang...

Majlis perkahwinan? Sememangnya dinantikan oleh bagi sesiapa jua yang telah bersedia untuk melangkah ke gerbang itu. Tidak ketinggalan juga buat saudara-mara yang tinggal berjauhan kerana dapat bertemu dengan sanak saudara yang lain. Kira macam mengambil kesempatanlah. Tapi, itu bukanlah cerita utama untuk post kali ini. Apa yang menarik perhatianku adalah perbualan beberapa orang anak yang telah berjaya dalam hidup dengan ibu-ibu yang berada di situ.

"Cermin mata Anjang ni dah kena tukarlah. Anjang tanyalah anak-anak Anjang siapalah yang nak tukar cermin mata mak ni agaknya." kata seorang mak cik yang berniat untuk bergurau sahaja. Sekadar berkongsi cerita. Namun, keadaan berubah sebaliknya bila salah seorang wanita yang jauh lebih muda menjawab.

"Hah, nilah yang mak-mak ni semua tau. Asyik minta dan harapkan duit anak-anak saje. Mak-mak ni kena faham dengan kewangan anak-anak. Banyak nak pakai duit. Susu anak lagi, buku anak-anak, bil itu bil ini."

"Anjang kan ada duit pencen. Nak harap duit anak-anak buat apa?" Sambung wanita itu lagi. Aku yang sedang  mengupas bawang bersama dua lagi saudara yang lain hanya mendiamkan diri.

"Eh, Anjang cakap saje. Anjang memang selalu gurau dengan anak-anak Anjang. Siapa yang nak belanja makan? Siapa yang nak bawa pergi holiday. Yang kau pula beria-ia nak marah kenapa?" balas mak cik yang bernama Anjang. Suasana mula tegang di situ.

"Tak adalah. Orang cuma cakapkan bagi pihak anak-anak. Hah, mak-mak ni semua kena ingat, jangan harapkan sangat duit anak-anak. Saya besok kalau dah tua, saya takkan susahkan anak-anak saya." tukas wanita tadi bersama nada yang sedikit tinggi.

"Eh, apa yang kau cakap ni? Anak-anak kau dengar tau apa yang kau cakap ni." sampuk seorang lagi wanita adik kepada wanita yang sedang marah itu.

"Betul apa yang adik kau cakap tu. Utih sekarang pun dah tak bekerja. Pada anak-anak sajelah tempat Utih mengharap." sampuk seorang lagi mak cik yang berada di situ. Wanita tadi hanya menggelengkan kepalanya lantas meninggalkan ruang dapur.

Aku pula yang termangu dan berfikir sendiri? Kenapa seorang anak yang telah berjaya begitu berkira dengan seorang insan yang bergelar ibu? Berapa ribu dia sudah berhabis untuk ibunya sehingga dia melenting sebegitu? Setahu aku, setiap susu ibu yang mengalir masuk ke dalam mulut anaknya sejak dilahirkan lagi tidak mampu dibalas walau sedikit pun oleh anak-anak. Ah, anehnya orang zaman sekarang. 

"Biarlah anak aku tak kaya. Yang penting, dia tau hargai pengorbanan aku untuk dia dari dulu." kata mak cik yang bernama Utih tadi. Ya, ada benarnya apa yang dikatakan itu. Buat apalah mempunyai anak yang memiliki segala-galanya tetapi cetek pengetahuan dalam soal agama. Dengan ibu sendiri pun ingin berkira? Terasa sebak pula aku bila mengingat kembali kejadian yang telah berlaku. Dan berkali-kali jugalah aku mengingatkan diriku supaya tidak terlalu lalai dengan segala nikmat di dunia yang hanya pinjaman ini. Keredhaan ALLAH  dan keredhaan kedua orang tuaku lebih utama.

Berbakti kepada kedua orang tua merupakan salah satu amal salih yang mulia bahkan disebutkan berkali-kali dalam Al Quran tentang keutamaan berbakti pada orang tua. Allah Ta’ala berfirman: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa.” (An Nisa: 36).
Untuk wanita yang telah melenting itu, aku berharap agar satu hari nanti dia akan sedar akan keterlanjuran kata-katanya itu. Memang kos hidup sekarang terlalu tinggi namun begitu kita perlu ingat bahawa walaupun hanya mendapat RM 100, tak semua nilai RM 100 itu milik kita. Jasa ibu dan ayah tidak ternilai tingginya. Fikir-fikirkanlah....
Wassalam.

Aku & Dia....

Telefon bimbit yang sedari tadi berada di genggamannya dipandang kosong oleh Hani. Hatinya sudah tidak dapat menahan sabar. Sudah lebih seminggu dia menunggu khabar berita daripada seseorang. Dan dia tidak malu untuk mengakui yang separuh dirinya tidak keruan pada waktu itu. 'Bunyilah... Bunyilah.. Bunyilah bodoh.' Desis Hani dengan penuh mengharap. Namun, perasaannya hampa. Akhirnya, telefon bimbit W910i itu dicampak terus ke atas katilnya bersama keluhan yang panjang. Hani membelek wajahnya yang murung melalui cermin solek di hadapannya. 
Beberapa saat kemudian, lagu Bukan di Sini dendangan kumpulan Sofaz berkumandang dari telefon bimbit Hani. Terus sahaja dia menerpa ke arah telefonnya itu lalu butang hijaunya dipicit pantas.           "Hello." sapa Hani yang begitu teruja dengan panggilan tersebut.  Terpancar sudah keceriaan di wajahnya buat seketika. "Sihat?" Soal si pemanggil di hujung talian. "Sihat. Awak pula macam..."
"Awak, saya ada meeting ni. Nanti saya sms awak." potong si pemanggil dengan pantas. Beberapa saat kemudian, panggilan itu diputuskan. Buat kesekian kalinya, Hani mengeluh kasar. Dia kecewa lagi. Telefon bimbitnya dipandang geram. Tubuhnya terus dihempaskan ke atas katil.
"Kenapa?" Soal Wawa yang baru sahaja masuk ke bilik tersebut. Bilik yang telah dikongsi hampir setahun bersama Hani. "Entahlah, Wa. Aku rasa aku ni dah gila agaknya." jawab Hani. Wawa memandang temannya itu dengan hairan sebelum mengukirkan senyuman. "Gaduh dengan Ezul ke?" Teka Wawa. Hani tidak memberi reaksi. 
"Aku ingat kalau bercinta jarak jauh ni kuranglah masalah bergaduh. Tapi, aku tengok sama aje. Selalu sangat gunung berapi kau tu nak meletup." tukas Wawa sambil tersengih. Dia sudah pun merebahkan tubuhnya ke atas katil bujangnya. Hni pula menjeling geram kepada Wawa yang sedang memerlinya.
"Ha haha.. Very funny, Wa. Aku tengah serius ni.” Dengus Hani. Wawa mematikan sengihannya. “Kau marah pun tak guna. Now, tell me. Apa yang dah jadi sebenarnya? Ezul ke yang call tadi?” Soal Wawa ingin tahu. Anggukan kepala Hani membuatkan Wawa mengerutkan dahinya.
“Dah tu, apa masalahnya? Kau juga yang cakap kau tunggu panggilan dia. Bila dah call, kau naik angin pula.” Ujar Wawa pelik. Hani medengus lagi. pandangannya kepada Wawa begitu tajam sekali.
“Aku memang tunggu call daripada dia. Tapi, kalau call tak sampai sepuluh saat nak buat apa?” Marah Hani meluahkan isi hatinya. Wawa yang mendengarnya pula tercengang-cengang. Call tak sampai sepuluh saat? Tanya apa saje dalam masa yang sesingkat itu? Wawa memandang Hani untuk mendapat penjelasan lanjut.
Sometimes, aku rasa aku nak lepaskan semua. Aku tak nak fikirkan pasal dia lagi. Aku dah letih." Adu Hani dengan nada yang serius. Wawa yang baru ingin melelapkan matanya mengerling sekilas ke arah Hani. Macam berat sahaja masalah yang ditanggung oleh temannya itu.
“Kenapa tiba-tiba? Sebab dia call tak sampai sepuluh saat ke?” Soal Wawa yang kemudiannya tersengih. Sesaat kemudian, tubuhnya menjadi mangsa lemparan majalah oleh Hani. “Kau jangan nak buat lawak kat sini e. Ada juga yang kena ni nanti.” kata Hani separuh mengugut. Wawa pula terus ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
“Serius bebenau. Kenapa kau nak lepaskan semua? Sebab kau tak tahan dengan Ezul ke?”
“Yup. Aku ni perempuan, Wa. Aku nakkan perhatian daripada seorang lelaki yang bergelar kekasih. Dulu dia juga yang beria cakap dia takkan abaikan aku. Tapi, sekarang apa yang jadi? Empat hari tak dengar khabar berita, dia just balas mesej aku tiga saje. Alih-alih dia dah tidur. Seminggu lebih terputus hubungan, call tak sampai sepuluh saat. Kau boleh bayangkan tak apa yang aku rasa? Hubungan apa namanya ni?” luah Hani dengan marah. Dadanya juga berombak kasar.  
Wawa yang sedari tekun mendengar menggaru sebentar telinganya sebelum mengetap perlahan bibirnya. “Cinta ni perlukan pengorbanan, Ni. Samada kau atau Ezul yang terpaksa berkorban. Once kau dah buat keputusan untuk berhubungan dengan seseorang, kau kena terima diri dia seadanya. Kau tak boleh nak expect setiap hubungan cinta ni sama. Masing-masing ada cerita yang tersendiri. Ada masa sukarnya.” Nasihat Wawa dengan panjang lebar. Inilah salah satu sebabnya dia tidak mahu terjatuh hati ataupun terjatuh cinta dengan sesiapa pun kerana dia bimbang dia tidak dapat menerima seseorang itu seadanya.
“Maksud kau?” Balas Hani kurang jelas di situ. Wawa menghela nafasnya sambil membetulkan posisinya sebelum menyambung. “Apa yang aku maksudkan, kau jatuh cinta dengan Ezul sebab peribadi dia kan?” Hani mengangguk.
“Masa kau kenal dia dulu, kau tak kisah pun kan yang dia bekerja sebagai tentera?” Hani mengangguk lagi.
“Jadi, kau kena tetapkan pendirian kau tu. Kau tak boleh nak samakan kisah cinta kau dengan kisah cinta orang lain. Ezul adalah Ezul. Dia ada komitmen kerjanya yang tersendiri. Sama juga dengan kau. Kau tak boleh nak salahkan Ezul sebab dia tak beri perhatian pada kau bila dia bertugas. Mungkin dia tak sms, tak call. Tapi, apa yang penting mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang yang kita sayangi.” Hani terdiam lama kali ini.
“Aku pun tak adalah pandai sangat dalam bab ni. Tapi, aku rasa okey juga tu bila Ezul buat macam ni.”
“Maksud kau?
“Yalah.. Tak adalah nak mesej yang jiwang-jiwang ataupun call tengah malam yang mana perbualan semuanya akan merapu. Kan lagha sebenarnya tu.” Tukas Wawa sambil menyanyi kecil. Hani terdiam lagi. Sungguh dia terasa dengan kata-kata temannya itu. Kata-kata Wawa itu memang ada benarnya. Setiap hubungan perlu dipelihara dengan baik namun dia juga manusia biasa. Manusia yang ingin diberikan perhatian.
“Istikharahlah Hani. Allah is always by your side. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kau mohon minta petunjuk. Kalau betul Ezul tu jodoh kau, mohonlah supaya hubungan korang dipelihara daripada segala fitnah dan semoga korang disatukan dalam keadaan yang baik. Begitu juga sebaliknya.” Nasihat Wawa lagi bersama senyuman.
Thanks, Wa. Cara kau cakap macam dah berpengalaman aje dalam soal cinta ni kan.” Kata Hani. Wawa tersengih. “Aku bercakap berdasarkan pemerhatian dan pembacaan. Terpulang pada kau samada kau nak dengar ke tak.” Balas Wawa.
“Tak payah fikirkan sangat. Aku tidur dulu.” Kata Wawa sambil menarik perlahan gebarnya. Sebuah senyuman diukirkan untuk Hani sebelum dia memejamkan matanya.

Bersambung....

Wednesday, October 6, 2010

S vs M...... Yang mana satu menjadi pilihan????

"Kau nampak chubbylah..."
"Lainnya kau sekarang.. Dah berisi sikit."

"Eh, kenapa kau kurus ni? Dulu aku tengok kau berisi sikit. Sakit ke?"
"Apasal kau nampak lain sekarang? Cengkung saje. Putus cinta ke?"

Hah, itulah dialog kepadaku dalam 2 situasi yang berbeza.... 6 bulan yang lepas dan 3 hari yang lalu. Aduh ai. Apalah masalah mereka ni semua agaknya. Waktu aku chubby, salah. Aku kembali slim river pun salah juga. Masalah betul mereka ni. Huhu. Punya beria aku on diet ni untuk boleh menyarung kembali pakaian sewaktu slim dulu. Bila dah kurus, kata aku tak sihat pula. Ni yang bikin hati panas saje. Haha.

Tapi, bila fikir balik bagus jugalah sesiapa yang tegur aku ni. Itu bermaksud mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasaku. Hehe. Tentang saiz, terpulang pada akulah kan. Asyik nak dengar cakap orang saje, aku pula yang pening. Apa yang penting, aku sihat dan kekal ceria. Saiz baju memang penting. So, antara S dan M... aku pilih dedua... Sebabnya??? Aku dah beli banyak baju untuk kedua2 saiz tu... Hahaha... So, fleksibellah kiranya nanti..;p

KL.... Oh KL..............

Salam semua... setelah lama x update blog ni akhirnya, aku kembali juga ke sini untuk seketika waktu. Kekangan masa dan pada saat hati diamuk resah, aku tidak bisa mencoretkan sesuatu di sini. Ahah, dah macam tulis novel pula rasanya. Huhu. Kehidupanku masih berjalan seperti biasa cuma kebelakangan ini ada banyak perkara yang berlaku.

Saat mendapat berita tentang kesihatan ayahku yang kurang baik, hatiku mula diamuk resah. Yalah, khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya. Bermacam-macam yang bermain di mindaku ini. Sakit yang melibatkan jantung ni bukannya boleh dibuat main. Akhirnya, aku dan keluarga boleh mengeluh lega kerana tiada perkara yang serius pun berlaku. Alhamdulillah..........

Nak tau apa yang berlaku kat KL??? Check it out...

Nak dijadikan cerita, adik-beradikku telah pun mengambil AL untuk melawat ayahku. Ada juga yang ambil CL.. Aku dan kakakku tiba di KL tepat jam 1.30 ptg.. So, kami terus ke IJN. Setelah berjumpa dan berbual untuk jangka waktu yang agak lma juga, akhirnya kami pun berpisah di IJN. Ada yang terus pulang ke Melaka.

Dari IJN, aku dan kakakku terus check in ke hotel yang berhampiran. Belum lagi sampai kat hotel tu, my dad call and said that dia boleh keluar hospital pd petang tu juga. Ya ALLAH... sabar sajelah. Takkan nak terus balik Mlk kot... Hotel dah bayar ni. Kalau sikit takpe...... So, nak xnk stay kat hotel juga untk satu mlm... Sementara Angah dan abang iparku menjemput mak dan ayah di IJN, aku dan kakak terus melepak di bilik hotel sambil memikirkn jwpn yg sepatutnya diberikn kpd bos stlh amk compassionate leave slm 2 hari.. Mcm mn nk claim 2 hari sdgkn ayah dh boleh keluar hari ni... Aduh ai.....

Baru nak lelapkan mata barang sepicing dua, dapat panggilan telefon yang motosikal Angahku dicuri. Hm, memang dugaan sungguh. Baru berangan dia belanja makan kat Gombak... Tak ada rezeki.. Bak kata my sis... keneneng terus kepala aku bila datang KL... 1 of my friends said that "Kalau aku x kerja kat sini... memang aku x gi KL r untuk sesaje.." Dan aku akui akan kata-katanya itu. ;-)

Sunday, September 19, 2010

Bicara Tentang Cinta... 4


Kecewa. Menangis. Meratap. Sakit hati. Sakit dada. Jiwa pedih. Semuanya bercampur aduklah bila kasih terputus tengah di jalan. Dan bila dah jadi macam ni, barulah masing-masing nak tanya... kenapalah aku boleh terbekenan dengan dia??? Macam manalah aku boleh jatuh sayang dengan orang macam tu?? Macam yang selalu diperkatakan.. rasa cinta kasih dan sayang ni satu perasaan semulajadi dan memang naluri kita semua. Kita tak dapat nak tipu diri sendiri. Sebaik mana pun kita, pasti kita terdetik juga untuk bercinta kan?


Orang kata, kalau takut untuk diluka jangan sesekali bercinta. Once dah bercinta ni, kenalah bersiap sedia untuk tempuh segala-galanya. Hati tersentaplah. Tergurislah. Itu belum sebut lagi orang ketiga...orang kesepuluh. Semuanya bikin ribut sahaja. Huhuhu... Hati yang dikecewakan berkali-kali memang boleh buat seseorang tu mereng. Dan tak mustahil kalau dia tutup terus pintu hati dia untuk orang lain.

Macam mana pula dengan aku??? Pengalaman lalu memang mengajar diriku. Pengalaman sendiri dan teman-teman memang membuka mataku. Luka memang boleh sembuh tapi, parutnya tetap tinggal di situ sampai bila-bila.  Berkongsi cerita dengan member-member lama... memang ada yang terkesima bila mendengar kisah sedih. Tak kurang juga yang bersikap selamba bila flashback balik kisah cinta yg terputus di tengah jalan. Semuanya terpulang kpd diri kita sendiri. Tabahlah tempuh semua dugaan dan percayalah bahawa setiap yang pahit pasti ada manis di penghujungnya. Yang penting, bersabar dan berdoa.

Kepada sesiapa yang baru nak belajar bercinta atau berkasih sayang pula, kalau dah tau tak mampu nak bahagiakan seseorang tu janganlah beri harapan pada mereka. Dan for those yang takut untuk dilukai, x payahlah berkasih sayang dulu. Boleh merana badan dibuatnya. Orang yang melihat pun akan terpalit sama dengan rasa sedih tu....
 
Orang yang benar2 kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.
So, fikir-fikirkanlah....;-)

Friday, September 17, 2010

Ubah selera???Hmm.... Windmill JJ.

Masih mood raya sebenarnya ni. Tapi, tekak dan perut dah tak larat nak terima segala ketupat, lontong, lemang, kuih raya dan sebagainya. Air pula, tak payah cakaplah. Bermacam-macam jenis. Dari yang berwarna putih sampailah ke hitam. Semuanya ada. Perut pun asyik bergelodak saje. So, malam tadi sempena janjiku kepada ahli keluarga kami semua pun berdedai-dedailah ke Windmill JJ A.Keroh Mlk..

Masa tengok menu, memang terkecur juga r liur ni. Tapi, bila menu dah dihantar dan berada depan mata serta-merta tekakku kembang lenih-lebih lagi bila lamb chop melalui tekakku. Terasa sungguh lomaknya yang sangat tepu itu di tekakku. Aduh, ai. Lomak sendiri pun ada yang berlebihan inikan pula nak menambah lomak yang sedia ada. Sudahnya, adikkulah yang menjadi mangsa 'tong sampahku' menghabiskan makananku.....Huhuhuu....

Biasanya orang tamak selalu rugi....Dan itulah yang terjadi kepadaku. Nak order air gelas Giant....pun tak habis juga. Kali ni, kakakku pula yang menghabiskannya. Parentsku yang teringin nak makan steak pun surrender dan menu masing-masing dihabiskan oleh abangku pula. Hm...dah kalau tekak dan perut selera tempatan, memang tak dan r nak makan benda lain. Bukan tak pernah ke restoran ni tapi, malam tadi rasa macam lain sikit. Semuanya serba tak kena. At last, my eldest brother said "Along buat lagi sedap. Betul x???"
 Aku hanya mampu tersengih dan tersenyum sahaja. Dah betullah tu... So, next time memang tak danlah nak ubah selera pada waktu begini. Semuanya tak berbaloi.

Thursday, September 16, 2010

Raya bersama Teman dan Guru....


Setahun sekali bersua... sekali itu jugalah masing-masing akan mengusik antara satu sama lain. Tak kurang juga yang mengimbas kenangan lama sewaktu persekolahan dulu. Bila teringat kisah buku dicampak ke luar kelas, didenda duduk di korridor gara-gara tidak menyiapkan kerja, memang akan membuahkan tawa masing-masing. Ahah, bagus juga aku nakal masa dulu. Ada juga moment yang aku boleh ingat dan buat aku tersenyum sehingga ke hari ini.

Berjumpa dengan geng lama, memang best dan meriah. Pelbagai cerita dikongsikan. Dan untuk tahun ini, diriku memang selalu menjadi bahan usikan. Pantang salah cakap, ada saje yang akan berkata seperti ini "Maklum r, novelis r katakan." Memang sangat sengal.
Hm, bila cakap pasal berkunjung ke rumah cikgu ni, ada juga sesetengah guru yang mula cepat terasa bila dimamah usia. So, pandai-pandailah jaga bahasa dan tutur kata bila berbual dengan mereka. Dan yang paling penting, kad jemputan kahwin nanti WAJIB diberikan kepada mereka. Kalau tak, memang akan menjadi bahan bualan sehingga akhir masa nanti. Huhuhu.

Berkunjung ke rumah cikgu macam-macam hal yang jadi. Ada juga cikgu yang tidak mengenali diriku ini. Walau apapun, yang penting aku tetap ingat kat mereka. Sekadar bertanya khabar dan perkembangan diri mereka itu sudah seperti menjadi tanggungjawab pelajar kepada guru masing-masing. Semoga, lebaran tahun hadapan akan lebih ceria dan lebih berwarna-warni daripada tahun ini.

p/s:Beraya bersama member 5SC2 '03 mmg buat aku tersenyum sentiasa.

Bila Usia di Hujung Waktu..

Salam Aidilfitri buat pembaca dan pengunjung di blog ini. Kedatangan lebaran sememangnya dinantikan oleh kebanyakan kita semua. Pelbagai ragam dapat dilihat pada 1 Syawal. Ada yang ceria dan ketawa gembira dan tak kurang juga bersedih kerana mengingatkan kehilangan orang yang tersayang.

Saat berkunjung ke rumah salah seorang nenek saudara pada 1 Sayawal kelmarin, rasa terkejut memang tak dapat disembunyikan. Tubuhnya yang dahulu berisi dan tersenyum ceria sudah berubah bentuknya. Wajahnya tiada seri, tubuhnya pula kurus kering. Tutur katanya pula kebanyakannya merapu. Pada awal perbualan, saya menyimpan senyum dan tawa kerana geli hati dengan kata-katanya bila dia diusik oleh anak-anaknya. Namun begitu, bila melihat kesungguhannya berkata itu dan ini, terdetik juga di hati saya. Apakah akan ada orang yang akan melayanku nanti bila usiaku sedemikian rupa??

Saya terus beristighfar di dalam hati. Paling menyedihkan bila nenek saudara itu bertanya kepada ibu saya "Mak kau sihat?".... Sedangkan nenek saya telah meninggal dunia 15 thun yang lepas. Bila merenung ke dalam matanya saya dapat rasakan yang dia begitu rindukan perhatian daripada anak-anak tercinta..(ceh, macam tau-tau je apa yang orang lain rasa.)

Pengajaran dan peringatan kepada saya dan adik-beradik yang lain, walau sesibuk mana pun kami nanti ibu dan ayah tetap perlu dikunjungi dan dihubungi. Sekadar berbual di telefon memang tidak memadai. Mereka tidak akan berasa puas selagi kita tidak berada di hadapan mereka.

Tuesday, August 31, 2010

Bicara Tentang Cinta... 3

“Awaklah satu-satunya cinta hati saya.”


“Kita takkan terpisah sehingga akhir hayat nanti.”

“I’ll do everything for you.”


Ungkapan-ungkapan di atas semuanya sudah tentu biasa didengari bagi pasangan yang sedang hangat dilamun cinta. Tika perasaan sedang berbunga-bunga, semuanya sanggup dilakukan untuk membahagiakan pasangan. Namun begitu, apakah yang terjadi bila perasaan mula bertukar menjadi benci dan bosan?


“Kita dah tak serasi.”

“Putuskan saje.”

“Saya dah ada yang lain.“


Dan begitulah antara kata-kata yang diucapkan bagi mereka yang sudah tidak sehaluan lagi. Bila sudah berpisah, mulalah ada yang frust menonggeng. Susut berat badan, murung, dan macam-macam lagilah. Sampai ada yang serik untuk disayangi dan menyayangi pun ada juga. Begitu hebatnya penangan bercinta ini. Ada juga orang yang bila sudah putus dengan kekasihnya akan mempersoalkan semula. ’Kenapa aku dipertemukan dengannya?’
Untuk episod kali ini, saya ingin mengetengahkan soal ’Kenapa kita dipertemukan dengan orang yang salah?’ Ada banyak sebabnya kenapa kita dipertemukan dengan orang yang salah. Antaranya dalah:
• Supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

• Supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

• Supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

• Supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

• Supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

• Supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

• Supaya kita lebih mengenali kehidupan yang TAK selamanya KEKAL.
Kepada teman-teman yang pernah kecewa, sengsara kerana cinta, cintalah Allah Yang Maha Esa dan carilah pasangan yang betul selepas silap untuk dicintai dan mencintai…

Gapailah keredhaan ALLAH… dan percayalah bahawa ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.. Janganlah sesekali meratapi segala dugaan dan ujian yang telah diberikan untuk kita. Dan percayalah bahawa setiap cubaan yang diberikan oleh ALLAH kpd kita menunjukkan bahawa ALLAH sayang kepada kita.

Perlu apa berpijak dengan kenangan lama andainya ia menyakitkan hati? Jadikanlah itu semuanya sebagai penguat diri kita untuk meneruskan kehidupan yang hanya pinjaman ini.
Semoga bertemu lagi... Salam.

Saturday, August 28, 2010

Bicara Tentang Cinta... 2

Keluar bersama dengan teman-teman untuk membeli barang keperluan sendiri membuahkan pelbagai kisah yang timbul sesama sendiri. Salah seorang teman menghampiri saya ketika saya sedang khusyuk membelek beberapa barang untuk dibeli.

"Naik juling mata aku tengok budak-budak nilah. Bulan puasa pun nak wat hal. Duduk rumah, bertadarus lagi baik daripada berkepit kat tengah alam ni." Dengusnya. 'Hm, ni mesti kes couple yg sedang berjalan2 di sana sinilah tu.' Desis hati saya.

Soal cinta memang indah bila diperkatakan. Menyayangi, diasayangi. Mencintai dan dicintai. Semuanya bisa mengasyik dan membuaikan perasaan. Dan tatkala melihat pasangan yang sedang bercengkerama tanpa segan silu di khalayak ramai ini, saya tertanya sendiri. Apakah yang mereka ingin tunjukkan sebenarnya? Adakah mereka merasakan diri mereka merupakan pasangan yang paling cocok dan bahagia? Untuk apakah kemesraan itu dipertontonkan di hadapan orang ramai?

Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, CINTA merupakan fitrah setiap anak Adam dan setiap mereka itu memerlukan penyesuaian sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Namun begitu, harus diingatkan kepada kaum Hawa di luar sana. Apakah kita boleh meletak sepenuh kepercayaan terhadap lelaki yang telah pun menyentuh kita sebelum tiba waktunya untuk menjaga maruah kita sepanjang kita berada di muka Bumi ini? Justeru itu, jika hendak memiliki seorang nahkoda kapal, pilihlah nahkoda yang tahu serba-serbi selok-belok untuk mengemudi sebuah bahtera dari semua sudut. Janganlah hanya memandang keduniaan sahaja.

Dan bila soal ini dibangkitkan, ada juga yang berkata dengan saya "Orang beragama pun ada yang buat hal. Ada je yang bercerai." Salah seorang teman menyampuk. "Sebab itulah, kita betulkan niat sebelum membuat suatu pekerjaan. Kalau belajar agama sekadar untuk menunjuk atau mempunyai niat yang kurang elok maka orang itu akan dapat balasannya. Tapi, tak kurang juga semua yang datang itu hanya ujian dan dugaan daripada ALLAH untuk hambaNYA. Semakin cuba kita dekati kepadaNYA, semakin kuat pula DIA mendugai kita.

Justeru itu, apa yang dapat saya simpulkan untuk coretan kali ini adalah, kriteria yang pertama dalam mencari seorang suami ataupun nahkoda bahtera yang baik  adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:

Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, daripada Abu Hatim al-Munzi)
 
Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Lalu, apa lagi yang sedang bermain di dalam fikiran dan hati kita sedangkan Al-Quran dan As-Suunah yang menjadi pegangan hisup umat Islam sudah memberikan garis panduan dalam memilih seorang suami. Fikir-fikirkanlah tentang apa yang kita mahu sebenarnya. Kebahagiaan 'di sana' lebih bererti dari kebahagiaan di sini.

Wallahu a’lam… Semoga bertemu lagi untuk catatan sambungan BTC.. ;-)

Monday, August 23, 2010

Bicara Tentang Cinta... 1


Syukur ke hadrat ILAHI kerana ukhwah yang masih lagi kukuh bersama teman-teman. Berbual dengan mereka samada melalui email mahupun telefon menggamit rasa bahagia di hati. Dan sudah tentunya topik menarik yg akan dibincangkan adalah tentang 'si dia' atau dalam erti kata lain CINTA. Bila menyentuh tentang isu inilah, ada teman yang meminta saya untuk mencoretkan sesuatu di sini.

 “Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang


bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau

sedang bercinta dengannya?”, maka

dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa

sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang

pasangan KAZZAB (penipu)”

Cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda "Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku.
 
Namun begitu, adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda.
Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya. Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:

1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.

2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.

3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan.

4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.

5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.

6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.

7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.

8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur.

9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.

10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; “CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu”.

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya. Kesimpulan awal yang boleh dibuat di sini adalah cintailah seseorang itu hanya kerana ALLAH.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin saya coretkan di sini tetapi memadailah untuk kali yang pertama ini. Semoga, bertemu lagi untuk ruangan yang seterusnya. Wassalam..

p/s:Buat mereka yg ingin melihat isu ini dikongsikan bersama, semoga berpuas hati untuk episod pengenalan ini.. ;)

Permata Hatiku....

Salam semua. Dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini. Sepanjang tengah hari sehingga ke petang tadi, saya dan adik-beradik yang lain membuat keputusan untuk mengemas rumah. Bila dah lama tak mengemas, ditambah pula pada bulan puasa ni, masing-masing memang tak larar pun menjelang lewat petang. Mujurlah ibu saya seorang yang memahami lantas perihal memasak juadah untuk berbuka diambil alih sepenuhnya oleh ibu.

Selesai solat Asar, saya akhirnya terbating lesu di atas sofa. Dalam saya ingin memejamkan mata, datang pula seorang anak buah perempuan saya yang berusia 6 tahun. Lengan kanan saya dicuitnya perlahan.
"Achik.. Achik boleh tolong Amni tak?" Soalnya dengan lembut dan manja. Dalam hati saya mula mengeluh bila melihat di tangannya terdapat sebuah buku miliknya. Ini lain tak bukan mesti nak minta tolong ajarlah tu. Huhu.
"Tolong apa?" Soal saya lemah.
"Achik tolong tengokkan Amni baca Hadith dalam buku ni boleh tak? Minggu depan, Amni ada ujian." terangnya dengan nberhati-hati. Dek dihambat rasa letih yang teramat, akhirnya saya menolak permintaannya.
"Achik penat. Lain kali saje. Tak pun, minta tolong busu ajarkan." balas saya. Wajah anak buah saya itu akhirnya berubah. Seketika kemudian, dia tersenyum sambil membaca sebuah hadis yg bermaksud "Sebaik-baik manusia adalah yang mendatangkan manfaat kepada orang lain."

Ah, terkedu terus saya dibuatnya. Namun begitu, senyuman saya terukir perlahan selepas itu. Jauh di sudut hati saya, alangkah moleknya anak kecil itu sudah dapat menghafaz beberapa potong hadis daripada membiarkan mereka menghafaz lirik lagu yang yang tidak membawa apa-apa manfaat pun. Dengan perlahan, saya akhirnya mengambil buku milik anak buah saya dan memberi perhatian terhadap proses hafazannya.

'Inilah permata hatiku yang dicari dalam diri anak-anak.' Begitulah kata kakak ipar saya, ibu kepada Amni.

Thursday, August 19, 2010

Air Tangan Orang Tak Sembahyang....



Salam... Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.




Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.



Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”



Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~


p/s:sumber drpd email yg diterima drpd kawan2...

Monday, August 16, 2010

Saatku alpa..

Alhamdulillah. Hari ini sudah hari yg ke-6 di bulan yang mulia ini. Hari ini entah mengapa saya begitu tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja jam menginjak ke 5 petang. Pada saat saya sudah mula mengemas untuk pulang, telefon di atas meja berdering nyaring. Satu keluhan terlepas dari bibir ini. Dengan rasa malas, saya menjawab panggilan tersebut. Panggilan daripada client.

'Tak ada waktu lain ke nak telefon? Time org nk balik, time tu jugalah nak call.' Hati mendongkol geram. Sepuluh minit yg pertama, saya mula panas punggung bila client tersebut bercakap sepatah demi sepatah penuh dengan kelembutan. Dihambat rasa tak sabar saya hnya mnjawab pertanyaannya dengan ala kadar sahaja. Belum habis lg dia bertanya, saya sudh memotong perckpanannya. Akhirnya, client berbangsa Tionghua itu mengur saya dgn lembut.

"Janganlah marah-marah, Mis. Ini bulan puasa ma." katanya dengan lembut. Saya pula yang rasa malu dengan teguran tersebut. Akhirya, tawa saya dan client itu kedengaran di corong telefon. Dalam hati, saya mengtuk diri sndri dgn kealpaan diri mengikut kata nafsu.

Bila nafsu menguasai diri, seringkali kita terlupa dan bertindak di luar kawalan. Itulah yg berlaku kpd saya. "As sobru minal iman."

Jihad yg paling utama adalah melawan nafsu sendiri....  Semoga diri ini akan lebih tenang dan sabar dlm menempuhi segala dugaan dan rintangan. InsyaAllah.

Thursday, August 12, 2010

Saat keluhan itu...


Salam. Bertemu lagi di ruangan sepintas lalu. Tiada ucapan yang dapat diluahkan selain Alhamdulillah kerana dengan kesihatan tubuh badan yang diberi oleh Allah S.W.T kepada kita kerana dapat bertemu dengan Ramadhan pada kali ini. Hari ini, sudah masuk hari yang ke-2 kita berpuasa. Dan saya masih lagi cuba mencari masa yang terluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.


Kadangkala, bila dibelenggu dengan bebanan kerja yang tidak pernah habis membuatkan saya mengeluh sendiri walaupun sedar perbuatan mengeluh ini dikutuk oleh agama. Orang kata, kalau kerja dah habis tak payah datang kerja lagi. Betul juga tu. Keluhan sentiasa tercetus di bibir ini bila melihat kerja-kerja yang masih tertangguh dan seringkali juga tahap kesabaran ini hampir sampai ke tahap maksimumnya.

Namun begitu, saya perlu berterima kasih kepada beberapa sahabat yang tidak jemu-jemu memberikan harapan saat saya hilang keyakinan. Kata-kata mereka terpahat terus di dalam hati ini.

“Mar, kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Jauhilah perbuatan mengeluh. Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas dengan mendekatkan diri kita kepadaNya.”

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda,: “Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah.)

Ah, terasa kerdilnya diri ini dan begitu alpanya saya dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada saya selama ini.

Sebelum berpamitan dengan mereka di talian, sempat pula mereka bergurau dengan saya. “Terawih dan tadarus. Jangan ter lain sudahlah.”

Lalu saya pun bertanya. “Ter apa?”

“ Jangan tertengok benda yang lagha sudah.” Jawab mereka sambil tergelak manakala saya pula sekadar tersenyum.

Hanya ucapan terima kasih yang dapat saya berikan kepada mereka untuk segala nasihat dan dorongan. Semoga kita semua dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dan tenang dalam menghadapi segala ujian lebih-lebih lagi di dalam bulan yang mulia ini. ;-)



p/s: Dulu kira duit orang, sekarang ni kira juzuk yg telah dibaca ..;-)

Monday, August 9, 2010

Ukhwah fillah abadan abada.......

      "Ya Allah... aku serius tak percaya boleh jumpa dengan kau... Kau dah lainlah."
      "Lamanya tak jumpa. Kau nampak lain."

       Itulah di antara beberapa ucapan yang sering meniti di bibir teman2 bila bertemu dengan saya secara tidak sengaja di mana-mana pun sejak kebelakangan ini. Hm, nak cakap pasal perubahan bentuk fizikal sayalah tu.. Haish.. Rupa2nya masih belum habis lagi isu berat badan ini. Aku tetap aku. ;-)

      Saat bertemu dengan teman2 lama semua seolah menjentik satu perasaan yang sukar dimengertikan lebih-lebih lagi dengan kedatangan Ramadhan yang hanya tinggal sehari sahaja lagi. Terimbau sudah segala suka dan duka ketika bergelar pelajar dahulu. Dan yang paling menarik bila mengimbau kenangan ketika berpuasa bersama-sama mereka. Ponteng terawikh tu memang biasalah kan bagi sebahagian pelajar di asrama. Ada saje alasan yang diberi. Sakit perutlah. Tak sedap badanlah. Huhu. Ah.. rindunya saat itu.

      Bila melihat sebahagian besar sudah pun berumah tanga dan memiliki cahaya mata membuatkan saya berasa gembira melihat keceriaan yang terpancar di wajah masing-masing. Dan sudah tentunya mereka kurang percaya bila bertemu dengan sahabatnya yang satu ini. Mereka berkata seolah bertemu dengan kembar saya. Haha.  Walau apapun, kenangan tetap kenangan. Berpisah dengan teman-teman yang baru dikenali sejak empat hari yang lepas juga membuatkan hati ini sedih. Ahah, emosional lah pula kan.

"Jika indah satu pertemuan, jangan akhiri dengan perpisahan. Jika suci satu perkenalan, jangan cemari dengan pendustaan. Jika bernilai sebuah perhubungan, hargailah ia dengan keikhlasan....."

Buat K.Mun & TLC:

"Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi"

Saturday, August 7, 2010

Ramadhan itu....



Salam.... Pejam celik-pejam celik, sudah setahun pun berlalu. Bulan Ramadhan bakal membuka tirainya beberapa hari lagi. Saya yang masih berada jauh dari keluarga buat masa ini sudah mula merindukan saat solat terawih berjemaah, bersahur dan berbuka bersama keluarga. Walau apapun, itu bukanlah topik utama untuk saya tekankan di sini. Saya hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang kelebihan pada bulan Ramadhan ini.

Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :


"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.


Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

Bila kita bercakap tentang bulan Ramadhan ini sudah tentu kita tidak lari daripada bercerita tentang solat sunat Terawih yang begitu banyak kelebihannya. Jika semasa bergelar pelajar dahulu, pasti saya akan berusaha untuk ke Pusat Islam yang berhampiran dengan kolej untuk turut sama menunaikan solat Terawih bersama saudara yang lain.

Namun begitu, bila sesekali pulang ke kampung halaman dan berjemaah Terawih di masjid berhampiran saya tertanya-tanya dengan beberapa gelagat orang yang lebih berusia tatkala saya ingin merapatkan kedudukan saf. "Jangan rapat sangat ye nak. Panaslah." Saya terdiam di situ. Bukankah saf perlu rapat sehingga bahu bertemu bahu? Maaflah jika saya tersilap. Dan masih ada juga orang yang sanggup tidak memenuhkan saf di hadapan semata-mata mahu berada di bawah kipas.

Dan ketika berbual dengan sahabat yang lain tentang terawih di kampung masing-masing, teman-teman juga bercerita kisah yang sama. Sekadar renungan bersama dan saling ingat-mengingati, saya sertakan kelebihan Terawih dari malam pertama sehingga malam ke-14.
Semoga Ramadhan kali ini mendatangkan seribu barakah kepada kita semua. Selamat berpuasa.....

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir̢۪aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Tuesday, August 3, 2010

Aku Mahu Saiz S...

Argghh..... Agak tension juga bila ditegur semakin chubby oleh orang yang dikenali. Hanya senyuman nipis sahaja yang dapat saya hulurkan kepada mereka sebagai balasan. Apa lagi yang mampu saya lakukan? Ingin membalas usikan mereka, saya juga yang terkena semula. Paling tidak pun, saya hanya membalas biar chubby asalkan sihat... Haha..

Bila di rumah pula, ayah saya pula sering bercerita soal penjagaan kesihatan. Maklum sahajalah, orang kesihatan. Ada sahaja maklumat yang akan dikongsinya bersama dengan anak-anaknya. Soal berat badan ini agak sensitif juga untuk diperkatakan. Setelah melalui sendiri, barulah saya faham apa yang sering dirasakan oleh mereka yang lain.

Bila semakin chubby ini, mulalah malas nak keluar rumah sebab baju yang sesuai untuk digunakan sudah tidak muat lagi. Saya hanya menggelengkan kepala sahaja bila membuka almari pakaian dan melihat semula gambar-gambar lama semasa bergelar pelajar dahulu. Dalam jangka masa satu tahun, kebanyakan kemeja, seluar, dan baju kurung yang digunakan semasa belajar dahulu tidak muat lagi. Apa yang telah terjadi? Dah terang lagi bersuluh kot berat badanku telah naik. Hehehe. Lalu, apa yang perlu saya lakukan?

Sudah beberapa produk diambil untuk melangsingkan semula badan namun semuanya gagal kerana tidak komited. Huhu. Akhir sekali, barulah saya sedari diet yang seimbang memang perlu di samping mengawal selera makan yang semakin membuak-buak ini. ;p

Kali ini saya nekad, saiz baju perlu ditukar semula........ Selera makan perlu dipantau semula... Nak ambil segala macam pil kat luar sana tu dah serik dah. Cukup-cukuplah tu.

Friday, July 30, 2010

Bila ianya semakin hilang.................

Duduk termenung di bilik.... Kemudian beralih ke ruang tamu... di hadapan tv... Idea seperti segan nak keluar di kepala. Sudahnya, saya duduk melayan beberapa orang teman berbual di YM.... Sekadar berbual tentang perkembangan diri masing-masing. Bila bercerita tentang karya dan idea... kadang-kadang tu rasa macam nak lepaskan saje semua.. Idea dah ada tapi malas nak menaip. macam mana tu? Huhuhu....

Sudahnya... karya-karya yang lama terbiar sahaja tidak berusik... Tergantung... Kawan-kawan yang pernah membaca hasil karya yang sekerat itu dok menggesa saya menghabiskannya. Tapi, nak buat macam mana. Kesabaran untuk menaip cerita itu sehingga habis dah pudar... Huhuhu....Nak kena tunggu mood datang memang berzamanlah.

Sabar... Sabar dan relaxkan diri. Menulis ni tak boleh dipaksa sangat. Bila dipaksa, itu yang jadinya cerita ataupun plot yang agak merapu.. Itulah yang berlaku kepada diri saya... Haha...

Bila tengok balik semua karya yang masih tergantung, naik lemas pula dibuatnya. Haha... Bila dah ada komitmen lain, satu hari satu bab pun tak dapat nak tulis. Tak usah kata satu bab, satu page pun tak tertulis.. Semangat itu perlu dicari kembali.... Saya tak nak sia-siakan peluang yang berada di depan mata..

Walau apa pun, thanx kepada semua kawan2 yg telah memberikan komen untuk hasil karyaku sebelum ini. Segala pandangan anda akan diambil kira...Semoga bertemu lagi di ruangan lain....

Wassalam...

Monday, July 26, 2010

Nisfu Sya'ban....

Salam... Rasanya, masih belum terlambat untuk saya meletakkan post tentang Nisfu Sya'ban di blog ini untuk renungan bersama. Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir, membaca al-Quran..

 Seperti yang kita ketahui, pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Mengikut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Sabda Nabi SAW maksudnya:

Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)


Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T. InsyaAllah....

Di sini, saya ingin berkongsi tentang amalan-amalan yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Sya'ban.
  • Memperbanyak puasa sunat.
  • Bertaubat dan Beristiqhfar
  • Memperbanyak zikir dan berdoa

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup....... Mudah-mudahan.....Amin...



Sunday, July 25, 2010

Bila Maruah seorang gadis serendah RM10......

       Hujung minggu mcm ni memang best dpt berkumpul dgn adik-beradik yg lain. Masak bersama, berbual dan adakalanya bergosip sesama sendiri. Namun, pd hari ni sy tertarik dgn cerita yg dikongsikn oleh slh seorng kkk ipar sy yg bertugas sbg seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah. Ada seorang pljr mengadu kpdnya.



Kisah 1

Pelajar: Cikgu, knp ya perut saya mcm x sedap aje? Saya rasa mcm ada benda bergerk kat situ...
Cikgu: (Terdiam sekejap kemudian mltkkn tangannya di perut pljr trsbut.) Ada orang 'sentuh' awak ke bila malam?
Pelajar: Ada kot. (Sambil tersengih dan malu-malu kucing.)
Cikgu: Terdiam terus dan membawa pljr trsbut ke klinik untk rwtn.

       Saya tak tahulah kenapa masih ada lagi org yg begitu lurus bendul sehingga tdk sedr yg dirinya telah 'disentuh' sehingga mencambahkan benih di dalam perutnya. Sudh 5 bln pljr tersebut mengandung ttp tdk diketahui oleh sesiapa pun. Sgt menyedihkan lebih2 lagi bila abg saudaranya yang melakukan perkara x senonoh tersbut.

Kisah 2

Seorng pljr perempuan melarikn dr dr sekolah atau dlm erti kata lain ponteng sekolahlah kiranya. Nak tahu dia menyorok kat mana? Menyorok dlm semak yg mana akhirnya pekerja asing mnarik dirinya dn terus merogol pljr tersebut.

Ini yg sy x faham ni. Apa sajela yg berada di minda pljr2 skrg? Kot iya pun nk ponteng sekolah, tak ada tmpat lain ke yg boleh disembunyikan diri? Mengapa perlu pilih semak? Aduh ai. Kalau pljr to naik bas pergi Mahkota Parade ke, Dataran Pahlawan ke, boleh terima akal jugalah. Tak memasal kehormatan diri terlebur.

Kisah 3

Beberpa pljr ditangkp gara-gara melacurkan diri. Walaupun isu ini agak lapuk, tetapi ia tetap menarik perhatian sy. Bila ditanya, berapa ringgit mereka dapat untuk satu layann yg diberikan. Tahu mereka jawab berapa?
RM 10 SAHAJA...
Sy dn yg lain terus ketawa terbahak2 smbil mngglengkn kpl. Murahnya nilai maruah dan harga diri seorang gadis yang masih suci. Hanya RM 10....... Rosak sungguh anak bangsa skrg. Bila diselidiki, rupa-rupanya mrk ini hanya ingin mndptkn byrn untuk mmbyar duit top up. MasyaAllah.... Memang x terkata lg dah. Apalah sangat kalau nak bandingkan dengan harga top up HP tu. Maruah diri seorang wanita dah tak berharga lagi dah.



Perempuan yang mahal itu

Adalah perempuan yang berusaha mencari cinta Allah

di dalam setiap langkah hidupnya…




Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang apabila digoda dan dirayu oleh fitrah lelaki,

hatinya teguh mempertahankan iman dan maruahnya

sebagai seorang muslimah harapan Islam.......




Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang benar-benar yakin dan redha

terhadap jodoh yang telah Allah tetapkan untuk dirinya.

Tanpa perlu mencari-cari cinta yang permulaannya atas dasar nafsu jiwa remaja




Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang murah dengan air mata

tatkala merintih menghadap kekasihnya

di sepertiga malam lantaran mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu,

justeru mengakui kekerdilannya sebagai seorang hamba…


***********

"YA ALLAH, dekatkanlah hati kami kepadaMU agar kami sentiasa menyayangiMU, merinduiMU, rindu untk melakukan ibadtMU, rindu untk bertemu denganMU".



"YA ALLAH, berilah kami sentiasa beristiqomah melakuakan perintahMU, meninggalkan leranganMU, mencari redhaMU, dan mencari cintaMU....."



-amin-



CINTA ITU.......

Kahwin.. Kahwin... Kahwin... mana2 je pergi mesti ada ceria pasal kahwin sampai kadang2 tu rasa rimas dan bosan. tak ada soalan lain ke yg nk ditanyer? sebab tulah mls nk balik kampung jumpa dengan saudara-mara... Huhuhu....
Walaupun alasan tu tak boleh nak diterima pakai, sy tetap menggunakannya. Hahaha. rasa kurang selesa bila nak pasang telinga pasal benda to. Bila ckp soal kahwin, dah tentu arahlah kena bercinta dulu kan? Jaranglah org skrng berkhwn tnpa ada rasa cinta dahulu. Dan bila berckp soal cinta, itu yg buatkn kpl pening. dah x sanggup rasanya nk fikirkn tentang hal yg satu itu. Tak sanggup nk tempuh semula segala mcm perasaan. Kecewa, sakit hati, tersentap, terasa, semuanya adalah. Itu belum lagi sebut tentang orang ke-3 dan org ke-10. semuanya mnmbh pening kat kpl ni. Namun begitu, sy perlu akui dengan kata-kata Hamka yang berbunyi:

"Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah."

Justeru itu, seandainya rasa cinta itu hendak diberi kepada seseorang yg bergelar lelaki/suami, pilihlah yang:

  • Kuat Pengamalan Agamanya

  • Baik Akhlaknya

  • Tegas Mempertahankan Maruah 

  •  Amanah

  • Tidak Boros

  • Tidak Mengelingas Matanya

  • Terbatas Pergaulan

  • Bertanggungjawab

  • Tenang wajahnya


    Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

Renung-renungkanlah bersama...............

Monday, July 19, 2010

KERJA YANG DISUKAI ADALAH KEBAHAGIAAN KITA....

Orang yang bijak dlm sesuatu bidang, pasti akan tertarik dgn bidang yg tlh diciptakan oleh Allah dlm dirinya sebagai bakat. Mereka akn lebih tenang, selesa dan gembira untuk melakukan kerja tersebut walaupun dia mengeluh dlm bidng itu krn nasibnya yg buruk. Dengan itu, carilah sesuatu pekerjaan yg dpt mndtgkn kegembiraan dn ktngn...


Kata2 kat atas ni dipetik dr sebuah buku yg tlh sy bc satu ketika dulu. Kadang-kadang, bila duduk sorg2 kat rumh...mmndg laptop ksygn mmbuatkn sy termenung.....Ada betulnya juga ap yg dtulis dlm buku tu. Walaupun mash belum menyinr sepnuhnya, sy tlh mmilih bidang ini sbgai sbhagian drpd hidup sy. Jadi, saya perlu bergembira dgn ap yg tlh dipilih ini.
Kunci setiap kejayaan adalah sabar dan tenang. Itu yang perlu dititikberatkan. Setiap kepahitan, pasti ada kemanisan di penghujugnya nanti...


Ali R.A pernah berkata:
"Kedudukan sabar dlm iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh."

Allah S.W.T Berfirman:
".... dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 155-156)

Wednesday, July 7, 2010

Redang Island

Bila terdengar berita di tv mengatakan beberapa taman laut di Terengganu akan ditutup, aku segera teringat akan percutian ke P.Redang pada bulan Jun hari tu.... Percutian yang sangat teruk timingnyer... Jenuh menunggu ketibaan bot di Jeti Merang. Dua jam menunggu, then bila bot sampai kena halau naik bot resort lain. Memang menyakitkn hati dan berbakul juga lah sumpah seranah dikeluarkan.. (tahap kesabaran dah tipis)




Sampai di resort, instructor pulak macam hampeh... Terlalu 'FRIENDLY'....  Masuk resort rasa bengang dan sakit hati belum surut lagi.... Tapi, once tengok air laut yang biru dan nampak batu karang serta pelbagai jenis ikan... rasa marah dan sakit hati terus hilang.... Rasa tenang jer... Seaview memang cantik. Subhanallah!!!!




Jeti Merang
Cuti kali ni ikut pakej.. 3 hr 2 mlm... RM300 per person... Kalau nk ikutkan kepuasan tak adalah sangat sebab masa pergi marine park, aktiviti terbatas. Ombak kuat sangat dan mcm2 halangan lagi.... So, tak ada yang menarik sangat masa kat marine park sedangkan di situlah tempat yang paling mearik untuk dilawati. Boleh tengok box fish katanya..... Cuma dalam perjalanan balik ke resort, bot singgah di tempat Dolphin... So, nampaklah juga Dolphin 'terbang sana, terbang sini'.....Huhuhu...

Balik resort, snorkelling area resort... Mcm2 jenis ikan ada... Itu sajelah yang best.. Pengunjung luar negara pun tak berapa ramai waktu tu. Jadi, selamatlah juga mata-mata kami daripada membuat dosa. Huhuhu




Last day kat saner, masalah bot masih menjadi masalah utama bukan sahaja kepada kami sekeluarga tetapi kepada pengunjung yang lain. (next time, naik kpl terbang je) Kali ni, 3 JAM tunggu bot. Memang sakit hati dan menyampah dengan petugas di situ. Bot sampai pada 12.30 tengah hari sedangkan kami menunggu seawal 9 pagi.... Mood percutian sememangnya terganggu. Pelancong Melayu lain pun sudah hilang sabar..

Dalam bot menuju ke Redang Islan

Akhirnya setelah tertidur di dalam bot, saya boleh menarik nafas lega bila bot yang dinaiki sampai di jeti Merang pada jam 1.20 petang.....

Mula snorkelling


Satu sahaja yang terlintas di kepala setelah berada di dalam kereta untuk pulang ke Melaka... Seronok ke P. Redang kalau tak ramai orang....;p

Tuesday, July 6, 2010

Petua Khusyuk dalam Solat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:




1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah

Sunday, July 4, 2010

Cameron Highland

Bercuti ke CH pun memang tak dirancang sangatlah.... Jumaat wat keputusan nak pergi then waktu itulah terkocoh-kocoh packing barang coz hari Sabtu pagi akan bertolak ke sana. Aku yang pada waktu itu masih lagi bergelar final year student kat UiTM Segamat terus berkejar ke bus stand amek bas ke Melaka... Segala assignment aku tinggalkan aje kat rumah sewa. ;p
 Bercuti kat sini pun just 3 hari 2 malam... Tak banyak sangat aktiviti yang dibuat. Just pergi pasar mlm kat Brinchang, petik strawberry(walaupun x brp nk petik sgt r...hahaha).. Then di jabatan pertanian amek gambar kat situ.... Suhu dia memang agak sejuk jugak r especially pada mlm minggu.. Ni baru kat CH, kalau kat overseas agaknyer memang bekulah aku...

Last day, masa nak turun tu berhenti kejap kat ladang teh dan Lata Iskandar... Puas berposing, baru balik. Sanggup aku ponteng kelas hari Isnin semata-mata nak ke sini... Dan sanggup dipotong 2 markah untuk on going assessment. Hahahaha..;p

Walau apapun, holiday kat sini untuk menyejukkan badan je sebab cuaca kat bawah sana dah panas sangat....


Kat jbtn pertanian....mnggtl nk amek gmbr dgn bunga raya yg agk besar r kononnyer..;p


Ni masa g tgok kaktus rasanyer...

Gmbr yg ni best...majority ckp amek gmbr kat luar ngr ker???? Hahahaha... CH je sudah...;p

Saturday, July 3, 2010

Cinta Jangan Sembunyi.......


DISEBABKAN peristiwa pahit yang mengisi ruang hidupnya dahulu, Zuha kini menjalani destinasi hidupnya dengan penuh trauma. Kecurangan teman lelakinya, Faizul bersama rakan sekelasnya, Rina dan cacian yang diterima daripada teman sebiliknya, Ira menambahkan lagi beban yang dipikul. Kisah duka itulah yang dibawa ke mana-mana. Lantaran itu, Zuha menjadi takut dan tidak berani membuka pintu hatinya kepada mana-mana kaum Adam. Baginya, sahabat baik atau kawan lelaki memang tidak boleh dipercayai. Biarlah dia hidup dalam dunia sepinya. Dia sanggup dianggap sombong asalkan hatinya elok terpelihara.



Namun kehadiran bekas teman sekolahnya, Idzhan mengajarnya kembali erti kasih dan sayang. Rupa-rupanya hati jadi tenang bila diselubungi cinta.

Apatah lagi, kemaafan itu menjadi penawar yang cukup indah... Malangnya, bahagia itu juga seakan jauh. Kehadiran Ira dan kemunculan Faizul menambah semula derita di hati Zuha. Adakah dia memang tidak layak untuk melihat bunga-bunga cinta itu berkembang mekar? Haruskah dia sendiri hingga akhir nanti?

By:Alaf 21
p/s:Terima kasih kepada Alaf21 dan pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini..;-)
Related Posts with Thumbnails