Wednesday, March 30, 2011

Bermulanya Di Sini..........

N 340 (2004-2008)
Saat tak berapa nak aktif di FB kelmarin, seseorang telah men'tagged'kan beberapa keping gambar. Dan bila diriku membukanya.... tada...... Memang mengejutkan dan menggamit terus kenangan lalu. Tak ku sangka meja studyku ketika bergelar pelajar di UiTM Segamat, telah dirakamkan oleh kenalanku. Bilik yang telah meninggalkan seribu kenangan setelah hampir lima tahun aku mendiaminya. Rasa rindu menggebu-gebu nak balik pada masa itu. Saat bergelak ketawa bersama teman-teman. Saat kena masuk 'bilik kebal'.. kena herdik.. denda dan maki dengan SENIOR. Hm.. semuanya mendewasakan diri. Dan bila ingat balik,boleh buat diriku tersenyum walaupun kenangan tersebut ada yang pahit.

Dan siapa sangka, segala yang menjadi nukilan hati dalam komputer berwarna hitam di atas telah berjaya dijadikan sebuah novel 'Cinta Jangan Sembunyi' (CJS). Mula ditulis pada tahun 2005 dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 2009. Ya ALLAH!! Lama sungguh diri ini mengambil masa untuk menyiapkan naskhah itu. Sebab itulah diri ini bersyukur ke hadrat ILAHI kerana telah mengurniakan seorang kakak yang terbaik di dunia ini. Jika tidak kerananya, pasti CJS takkan berjaya disiapkan. Dan sudah tentu, diriku ini tidak berada di sini(as a blogger and writer).

Apa yang penting bila terpandang gambar tersebut, kata-kata seorang teman kembali terngiang-ngiang di telingaku.

"Wah.. kau memang ada talentlah, Mar. Dah jadi novelis nanti, jangan lupa kitorang."

Ketika itu, aku hanya tersengih sahaja sambil menggelengkan kepala. ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik dan terburuk untuk hambaNYA. Jika tidak berlakunya 'perkara itu', aku mungkin tidak dikenali sebagai Arfa Ardiya. Walaupun pedih dan sakit, itulah yang perlu diharungi sebelum bergelar AA.

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." 

Friday, March 18, 2011

Good News..

Alhamdulillah... pagi Jumaat yang penuh barakah ini, another good news telah ku terima. Masa untuk memulakan langkah yang seterusnya. Apa yang berlaku semalam tidak boleh diulang kembali mahupun ditarik supaya tidak terjadi. Jadi, teruslah pandang ke hadapan bersama dengan harapan yang baru. Di sini, ingin kukongsikan beberapa quotes supaya kita semua lebih tabah dalam menghadapi sebarang ujian yang menimpa... dan lebih bersemangat dalam meniti liku-liku kehidupan. ;-)

"When you pray for others, God listens to you and blesses them, and
sometimes, when you are safe and happy, remember that someone has
prayed for you."

"Often when we lose hope and think this is the end, GOD smiles from
above and says, "Relax, sweetheart, it's just a bend, not the end!"

"When GOD solves your problems, you have faith in HIS abilities;
when GOD doesn't solve your problems HE has faith in your abilities."


Sekian untuk post kali ini. Semoga hari ini mendatangkan keceriaan dan kebahagiaan untuk kita semua. ;)

Thursday, March 17, 2011

Lepaskan Keinginan...


 
Kesempatan yang ada memang takkan aku lepaskan semasa keluar membeli-belah di sebuah pasaraya. Orang kata, peluang yang ada di depan mata jangan sesekali lepaskannya. Dah gian sebenarnya nak naik benda-benda ni semua. Macam budak-budak ke? Tak kan? Rasanya, semua orang pernah terlintas di fikiran untuk bermain seperti ini. Haha. Sesekali membawa diri kembali ke zaman itu, seronok juga. Hilang seketika masalah yang membelenggu diri.

 Walau apapun, ucapan jutaan terima kasih aku ucapkan kepada 'brother' yg menjaga di bahagian kanak2 ini kerana memberi green light kepadaku dan seorang lagi temanku untuk berposing di sini. Bukan apa, sebaik sahaja kami berdua melangkah pergi, terdapat 3 orang gadis ingin melakukan seperti apa yang kami lakukan sebentar tadi tetapi kehendak mereka dihalang terus oleh 'brother' tadi. huhu.

 
     Taxi lg kecil dari pemandunya.. haha
 

Terus pandang ke hadapan.

Hidup ini tidaklah seindah yang kita impikan. Bila melaluinya buat kali kedua, barulah aku menyedari yang aku tidaklah setabah yang disangka. Rasa pedih, kecewa, hampa, sedih.. semuanya bercampur menjadi satu. Tabahlah wahai hati. Tak semua yang kita inginkan akan menjadi yang terbaik untuk diri kita. Aku perlu menyedari akan hakikat itu dan perlu REDHA dengan ketentuan ini. Semua ini menjadikan aku lebih dewasa dan cekal dalam menempuh hidup yang terlalu banyak ranjau ini.

Apa yang berlaku, jadikanlah sebagai tauladan. Biarkanlah ia pergi andai itu yang terbaik. Perlu apa kita terus berpegang pada tali yang sudah pun reput? Akhirnya, kita juga yang akan jatuh tersungkur. Andai ini pengakhirannya, aku pasrah buat kesekian kalinya. Dan aku masih percaya, masih ada yang terbaik menantiku di hadapan sana. Namun begitu, apa yang aku hairankan adalah bila setiap kali aku melalui situasi sebegini, semangatku untuk menulis kembali bertunas semula. Mungkin inilah sebahagian hikmah yang telah ditetapkan. Jadi, aku perlu terus pandang ke hadapan bersama harapan yang baru. Biarlah kenangan itu terlipat kemas dalam lipatan memoriku ini.
 Selamat tinggal semuanya!!

Wednesday, March 16, 2011

Hargailah Orang Yang Kita Sayang....

Salam semua. Pagi ini aku agak terkejut bila membuka satu email yang dikirimkan oleh seseorang. Email daripada orang yang tidak disangka-sangka... lalu kenangan lama menggamit memori. Ah, terlalu pedih untuk diingatkan kembali walaupun telah hampir LIMA TAHUN perkara itu berlalu. Kelekaanku ini telah membuatkan aku alpa dengannya yang telah lama pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. Aku terdiam lama di hadapan laptop.. bergenang juga kelopak mata ini bila mengimbas kenangan itu. kenangan yang takkan mungkin berulang. 

"bila dia dah tinggalkan kita selama-lamanya,

kita datang ziarah pusara dia,

kita kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita..
kita mintak maaf sebab pernah buat dia tunggu kita,
kita mintak maaf sebab pernah paksa dia layan kita time bosan,
kita mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah dia,
kita mintak maaf sebab pernah x hirau kan call dia,
kita mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati dia,
kita mintak maaf sebab pernah buat dia kelaparan sebab kita,
kita mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat dia,
kita mintak maaf sebab xpernah hiraukan sakit dia,
kita mintak maaf sebab pernah pentingkan diri sendiri,
kita mintak maaf sebab pernah tengok penderitaan dia..."


Bila melihat situasi semasa, tak salah rasanya kalau aku berpegang semula dengan kenangan lama itu jika ianya dapat menggembirakan hati ini walaupun untuk sedetik.....................

p/s: thanks, Sha untuk email tu.

Monday, March 14, 2011

JJCM-Al Jazira Arabia.

Salam semua.. hujung minggu ini tak banyak aktiviti yang boleh dijalankan. dengan cuaca yang panas terik, ke mana sajelah yang boleh diriku pergi? Nak shopping? Hm.. menyusutkan duit saje nanti. Sudahnya, melepak di rumah sambil menonton CD saje. Malam pula, ubah selera sekali lagi.. Kali ini kami sekeluarga ke Restoran Al-Jazira yang terletak di Bukit Beruang.. berhampiran Multimedia University (MMU)... Disebabkan foreigner banyak kat MMU, so macam2 jenis restoran ada kat sini.. Windmill.. My Kebab and so on.

Di Al-Jazira ni makanannya more on Arabian style. Persekitarannya just like restoran makanan biasa.. cuma dipenuhi dengan segala foreigner yang belajar di MMU sahaja. Nak tau apa yang menjadi pilihan kami di sini?? Let's check it out!!!
Kabsa Lamb = RM 15
Molawah Large = RM 4










Banana & Watermelon Juice = RM 3 each.


Kuah untuk Molawah Bread itu berasingan ya.. Nama kuah yang kami pilih dah terlupa pula namanya sebab tersangatlah pelik nak sebut. huhu. Jusnya pula tersangatlah pekat. Memang kena campur air suam baru okey rasanya.  Walau apapun, rotinya tersangatlah lembut dan SEDAP!! Bak kata orang Sarawak, NYAMAN GILAK!! ;-)


Bagi sesiap yang tak biasa makan kambing tu, tak payahlah order nasinya. Takut tak habis pula. Yalah, satu pinggan saje sudah RM 15... Overall, dari lima bintang, saya bagi 2 1/2 bintang untu makan di restoran ini. Jumlah yang perlu dibayar untuk malam ni RM 148.00. Thanks, Along sebab belanja. hehe. ;-)

Okey, semoga bertemu lagi di ruangan JJCM yang lain.

Friday, March 11, 2011

Bila Jemari Tidak Lagi Berseni...

Sedang aku sibuk meng'update' blog yang sekian lama terbiar ini, abah mengetuk pintu bilik untuk bertanyakan pendapat tentang sesuatu. Selepas berbual seketika, kakakku pula yang masuk ke bilikku. Katanya, tak boleh tidur. Pula tu, mengajak aku bermain SAHIBBA tengah-tengah malam. Cukup-cukuplah semalam kami berdua dan suaminya bersengkang mata untuk menyudahkan permainan itu sehingga jam menginjak DUA PAGI. ;p

Bila jemari tidak lagi berseni.... daya imaginasi seakan tidak berfungsi... idea untuk kesinambungan ms yang baru juga tidak ter'generate'... Dipaksa-paksa pun, ms yang 'kurang matang' pula yang tercipta nanti. 

Sudahnya, beberapa orang teman mencadangkan satu hobi yang baru untukku. PUZZLE 3D!!!! Yeah... Sanggup aku berulang-alik ke GIANT semata-mata nak beli benda-benda ni semua. ;-)
Selain itu, jigsaw puzzle + SAHIBBA + DAM HAJI pun boleh menjadi tarikanku untuk mengisi masa lapang.

Motor dan helikopter yg mnjadi 'impian' anak2 buahku.
Twin Tower vs Burj Al Arab









Sambil-sambil berusaha menyiapkan segala puzzle2 ini.. buku nota yang selalu berada di sisiku kadang-kadang 'berisi' juga dengan idea yang datang secara tiba-tiba. Come on, Ardiya!!! You can do it!. Semua yang di atas itu memang sekejap aje nak menyiapkannya tetapi tidak yang di bawah ini.. Inilah jadinya bila dah malas... Haha..
Sydney Opera House (separuh siap)
Ternanti-nanti juga bilakah masanya yang di atas itu akan berubah menjadi seperti ini.. haha.. ;p

Thursday, March 10, 2011

Perasaan...

Hari ni, aku masih menjalani kehidupan yang biasa.. sama seperti hari-hari yang lain. Selepas hal rumah tangga settle, aku buat kerja sendiri. Melayan karenah orang tua dan anak kecil agak mencabar kewibawaanku yang tergolong di kalangan orang-orang muda ini. Tapi, nak buat macam mana kan... dah ini jalan yang aku pilih. Apa yang penting adalah keikhlasan.

Hidup ini sebenarnya penuh dengan penantian. Siapa yang berkerja pasti menanti saat untuk pulang ke rumah. Yang sedang belajar, menanti kapan untuk berkerja. Bagi si isteri dan ibu, sudah tentu menanti kepulangan suami dan anak-anak yang dikasihi. Aku juga masih lagi setia menanti di sini.. menanti dengan penuh tanda tanya... dengan harapan yang aku sendiri tidak pasti.. Adakah aku masih di hatinya... dan adakah dia masih berada di hatiku?

Kecewa, sakit hati, marah, gembira, sedih.... semuanya sudah sebati dalam diriku. Ah, kadangkala kehidupan ini terlalu complicated aku rasakan. Ataupun, aku sahaja yang berfikiran begitu? Apa yang aku tahu, penantian ini terlalu siksa dan memeritkan. Tetapi, aku percaya di hujang segala kepahitan ini pasti ada manisnya.  Apa yang aku perlukan adalah BERSABAR di samping BERUSAHA serta FOKUS. INSYAALLAH, segalanya akan dipermudahkan oleh ALLAH.

Semoga dengan berita baik yang baru aku terima sebentar tadi dapat mengembalikan semangatku yang mula pudar sejak kebelakangan ini... dan perasaanku yang agak berkecamuk ini kembali tenang. ;-)

Wednesday, March 2, 2011

Korean Time.

Salam semua. Annyeong-haseyo. Agak lama jari-jemariku ini tidak menari-nari di keyboard kerana ada perkara yang lebih menarik perhatianku. Sejak kembali 'berada' di rumah, terlalu banyak masa terluang yang ada untukku. Bertemu dengan salah seorang kenalan lama di kedai buku membuatkanku begitu teruja untuk mempelajari bahasa yang satu ini. Jadi, kesempatan yang ada membuatkanku mengambil insiatif untuk mempelajari B.Korea dengannya. Mahu tergeliat bibir ni nak bertutur dlm bahasa ni.

Ada juga teman-teman lain yang mengusik dengan mengatakan English yang belajar berpuluh tahun pun x dapat nak kuasai dengan baik, tapi bila b.korea bukan main cepat aje tangkap. Aku sekadar tersengih sahaja. Ada betul juga kata-kata mereka itu. Bila dah seronok, keinginan untuk melancong ke Korea kembali membuak-buak. Sebagai permulaan, aku bertanya kepadanya ungkapan-ungkapan yang biasa dituturkan dlm kehidupan seharian terutamanya bagi pasangan yang sedang dilamun cinta. Huhu. Inilah dia hasilnya..

Jeoneun dangsineul neomu bogoshipeoyo = saya rindu sangat dengan kamu.
Naneun neorel sarang hago gyeorhon hago shipeo = aku sangat mencintaimu dan ingin mengahwinimu.
Naneun neoreul bogo shipeoyo = saya rindu kamu.
Naneun neoreul miweo haeyo = saya benci kamu.
Mianhamnida = minta maaf.
Gwaenchanseumnida = tak apa/it's okey.
Wae geureoseyo = apa sebabnya.

Sudahnya, temanku itu menghadiahkan software dan beberapa buah buku yang boleh membantuku. Kesimpulannya, untuk menguasai setiap bahasa kita mestilah familiar dengan bahasa tersebut. So, mendengar lagu dan menonton korean drama merupakan hobiku yang terbaru buat masa ini. (kembali dengan hobi lama) Sekian untuk post kali ini.

Annyeonghi Kyeseyo. Ddo mannayo.
(Selamat tinggal dan jumpa lagi.)
Related Posts with Thumbnails