Wednesday, April 20, 2011

Tiada Jodoh..

Assalamualaikum. Harap-harap semuanya berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Keadaan saya? Alhamdulillah, semuanya baik. Bak kata orang putih, 'everything's under control.'  Ada juga yang bertanya ke mana menghilangnya AA / MM untuk beberapa minggu ini. Jawapannya, saya masih di sini cuma agak sibuk menguruskan beberapa perkara. Lebih-lebih lagi dengan lappy kesayangan 'masuk hospital.' Lumpuh seketika aktiviti yang melibatkan dunia jalur lebar ini. ;)

Alhamdulillah, seminggu yang lalu MM dapat seorang lagi anak buah baru.. Baby girl. Namanya?? NUR ARFAH YUSRA. Kata ayah dan ibunya, kalaulah ARDIYA tu ada maksud dah lama dorang letak ARFAH ARDIYA. Dan saya hanya mampu tersenyum. Semoga, Arfah Yusra ini membesar menjadi seorang muslimah yang sejati. InsyaALLAH.

NUR ARFAH YUSRA

Semasa kenduri aqiqah diadakan, saya sempat bertemu dengan salah seorang saudara jauh yang baru sahaja putus tunang. Terperanjat bukan kepalang lagi bila melihat tubuhnya yang terlalu susut itu. Walaupun bibirnya mengukirkan senyuman, namun kesedihan dan kekecewaan terpancar dari anak matanya.

 Siapalah yang tidak mahu mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi ketika hati tercuit melihat keletah anak-anak kecil yang begitu menghiburkan. Ketika melihat pasangan suami isteri bergurau-senda. Ah, semuanya bisa menjentik satu perasaan di dalam hati ini. Tiada jodoh. Apa lagi yang boleh kukatakan lagi? Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk saudara perempuanku itu.

Cuma satu saje harapanku. Orang-orang yang lebih berusia di luar sana, tolonglah mengerti akan perasaan wanita muda sekarang ini. Bukan mereka tidak mahu berkahwin tetapi jodoh untuk mereka masih belum kunjung tiba. Usahlah diperli dan disindir dengan kata-kata yang menyakitkan hati kepada mereka yang masih lagi bersendiri. Wanita ini terlalu cepat tersentuh. Dan adakalanya mereka akan berasa tercabar bila dikatakan tidak laku. Disebabkan itu jugalah mereka dengan mudahnya sanggup menerima mana-mana saje lelaki untuk dijadikan suami. Apa yang penting, mereka selamat berkahwin.

Situasi ini mengingatkan saya tentang ceramah yang pernah diberikan oleh seorang penceramah bebas. "Mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kat luar sana tak payahlah sibuk bertanya kenapa kau tak kahwin lagi? Takkan dah tua baru nak kahwin?

Usah ditanya kepada mereka yang masih lagi bersendiri. Ini kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Mungkin mereka masih lagi belum bersedia untuk memikul segala tanggungjawab. Dan kepada yang masih solo lagi usah meratapinya kerana gunakanlah peluang yang ada ini untuk mengejar cinta ILAHI. Masing-masing ada bahagian masing2 untuk mendapatkan pahala. Bila tiba masanya, ia pasti akan sampai juga."  

p/s:Sampai di sini sajalah yang mampu saya coretkan kerana masih ada lagi tugas lain yang perlu saya laksanakan. Jika ada kelapangan mungkin isu ini boleh dipanjangkan. Dan seperti biasa, segala pendapat serta pandangan anda semua berhubung topik ini amatlah dialu-alukan. Semoga bertemu lagi.

Friday, April 1, 2011

Bicara Tentang Cinta... 5


Salam buat peminat ruangan 'Bicara Tentang Cinta'. Maaflah kerana sudah lama tidak meng'update' ruangan ini. InsyaALLAH, ruangan ini akan kembali diisi dengan topik-topik yang menarik untuk perkongsian bersama. ;-)

Untuk post kali ini, saya akan mengetengahkan isu 'Cinta Jarak Jauh.' Ianya sudah biasa didengar tetapi seringkali juga hubungan yang pernah wujud terputus disebabkan ini. Untuk mempertahankan sesuatu hubungan itu bukan mudah jika tiadanya kesabaran, toleransi dalam diri. Justeru itu, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk dalam CJJ ini.    Mudah-mudahan ianya berguna..


  • Tunjukkan perhatian kepadanya. Kirimkan sesuatu yang boleh menyentuhnya dan membiarkan si dia tahu bahawa kita sedang memikirkannya. (E-card.. buku kegemaran).
  • Usah biarkan perselisihan berpanjangan kerana dikhuatiri luka itu semakin parah dan sukar disembuhkan.
  • Ambil peluang yang ada sementara berjauhan ini untuk melakukan aktiviti yang jarang kita lakukan ketika si dia berada di sisi. (Bertemu dengan rakan-rakan..)
  •  Berhubung walaupun sekadar bercerita tentang kehidupan seharian yang agak membosankan.
  • Percaya dan sabar bahawa setiap yang berlaku pasti ada manisnya... Berdoa untuk kesejahteraan bersama. 

    Sekian saja buat masa ini.. kalau sesiapa nak buat tambahan, dipersilakan. Jadikanlah tempat ini sebagai medan perkongsian sesama kita. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang lain.

    p/s: Jangan cintamu itu berlebihan... dan janganlah marah kamu itu merosakkan.
    Related Posts with Thumbnails