Sunday, January 16, 2011

Mencari Masa

Salam semua.. Harap-harap semuanya baik-baik belaka pada hujung minggu ni. Kepalaku pening untuk beberapa minggu ini memikirkan sesuatu. Soal perasaan? Telah lama ku usir jauh. Aku tidak mahu menyesakkan dada dan fikiranku ini. Jika si dia tidak memahamiku, perlu apa untuk aku mempertahankan semuanya? Ceh.. dah macam luahan perasaan untuk mss ku.. Huhu..

Menjelang cuti perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, ahli keluargaku yang lain sudah pun mengatur jadual untuk bercuti bersama-sama. Aku pula? Belum sempat tarik nafas lega daripada semua bebanan kerja hanya mampu tersengih sahaja. Apa yang berada di fikiranku hanyalah KERJA.. KERJA.. KERJA.. sehinggakan pertolongan yang kecil pun tidak mampu aku tunaikan kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerjaku..
Kadang-kadang aku terfikir juga. Adakah benar masa tiada untukku ataupun aku tidak mempunyai masa? Adakah itu semua hanya sekadar ALASAN semata-mata? Hm.. bila direnungkan balik, memang itu hanya satu ALASAN sahaja!

Mungkin aku terlalu OBSES dengan kerja-kerja yang tak pernah nak habis itu. Dan mungkin juga aku terlalu 'iri hati' dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain?
 Aku segera teringat kata-kata motivasi yang pernah kutemui dalam sebuah article yang pernah kubaca dahulu.


"Do not ever make the mistake of thinking you will be happy when you are achieve this and that in the future. If you are miserable now, you will be miserable when you get there unless you change your mindset."

Selain itu, sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang teman pada bulan lepas yang baru sahaja aku buka semalam juga banyak menyedarkan aku yang telah pun leka dengan nikmat dunia ini. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa."


Daripada Hakim bin Hizam r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya harta itu umpama benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang, juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - daripada orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh barakah daripada Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tiadalah barakah Tuhan dalam harta tadi. Ia umpama seseorang yang makan, namun tidak pernah kenyang.”

Bukankah ALLAH S.W.T telah mengurniakan akal untuk manusia berfikir? Jadi, aku sebagai salah seorang khalifah perlu bijak untuk membahagikan jadual seharianku sekaligus meluangkan masa untuk mereka yang berhak.. Tidak salah untuk mencari rezeki yang lebih tetapi aku juga perlu sematkan di hati  bahawa ALLAH telah menetapkan rezeki tertentu untuk hamba-hambaNya. Pengajaran untukku. Belajarlah erti PUAS dan fahami maksud BERSEDERHANA.
Semoga bertemu lagi di post yang lain. Wassalam.
Related Posts with Thumbnails