Sunday, July 25, 2010

Bila Maruah seorang gadis serendah RM10......

       Hujung minggu mcm ni memang best dpt berkumpul dgn adik-beradik yg lain. Masak bersama, berbual dan adakalanya bergosip sesama sendiri. Namun, pd hari ni sy tertarik dgn cerita yg dikongsikn oleh slh seorng kkk ipar sy yg bertugas sbg seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah. Ada seorang pljr mengadu kpdnya.



Kisah 1

Pelajar: Cikgu, knp ya perut saya mcm x sedap aje? Saya rasa mcm ada benda bergerk kat situ...
Cikgu: (Terdiam sekejap kemudian mltkkn tangannya di perut pljr trsbut.) Ada orang 'sentuh' awak ke bila malam?
Pelajar: Ada kot. (Sambil tersengih dan malu-malu kucing.)
Cikgu: Terdiam terus dan membawa pljr trsbut ke klinik untk rwtn.

       Saya tak tahulah kenapa masih ada lagi org yg begitu lurus bendul sehingga tdk sedr yg dirinya telah 'disentuh' sehingga mencambahkan benih di dalam perutnya. Sudh 5 bln pljr tersebut mengandung ttp tdk diketahui oleh sesiapa pun. Sgt menyedihkan lebih2 lagi bila abg saudaranya yang melakukan perkara x senonoh tersbut.

Kisah 2

Seorng pljr perempuan melarikn dr dr sekolah atau dlm erti kata lain ponteng sekolahlah kiranya. Nak tahu dia menyorok kat mana? Menyorok dlm semak yg mana akhirnya pekerja asing mnarik dirinya dn terus merogol pljr tersebut.

Ini yg sy x faham ni. Apa sajela yg berada di minda pljr2 skrg? Kot iya pun nk ponteng sekolah, tak ada tmpat lain ke yg boleh disembunyikan diri? Mengapa perlu pilih semak? Aduh ai. Kalau pljr to naik bas pergi Mahkota Parade ke, Dataran Pahlawan ke, boleh terima akal jugalah. Tak memasal kehormatan diri terlebur.

Kisah 3

Beberpa pljr ditangkp gara-gara melacurkan diri. Walaupun isu ini agak lapuk, tetapi ia tetap menarik perhatian sy. Bila ditanya, berapa ringgit mereka dapat untuk satu layann yg diberikan. Tahu mereka jawab berapa?
RM 10 SAHAJA...
Sy dn yg lain terus ketawa terbahak2 smbil mngglengkn kpl. Murahnya nilai maruah dan harga diri seorang gadis yang masih suci. Hanya RM 10....... Rosak sungguh anak bangsa skrg. Bila diselidiki, rupa-rupanya mrk ini hanya ingin mndptkn byrn untuk mmbyar duit top up. MasyaAllah.... Memang x terkata lg dah. Apalah sangat kalau nak bandingkan dengan harga top up HP tu. Maruah diri seorang wanita dah tak berharga lagi dah.



Perempuan yang mahal itu

Adalah perempuan yang berusaha mencari cinta Allah

di dalam setiap langkah hidupnya…




Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang apabila digoda dan dirayu oleh fitrah lelaki,

hatinya teguh mempertahankan iman dan maruahnya

sebagai seorang muslimah harapan Islam.......




Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang benar-benar yakin dan redha

terhadap jodoh yang telah Allah tetapkan untuk dirinya.

Tanpa perlu mencari-cari cinta yang permulaannya atas dasar nafsu jiwa remaja




Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang murah dengan air mata

tatkala merintih menghadap kekasihnya

di sepertiga malam lantaran mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu,

justeru mengakui kekerdilannya sebagai seorang hamba…


***********

"YA ALLAH, dekatkanlah hati kami kepadaMU agar kami sentiasa menyayangiMU, merinduiMU, rindu untk melakukan ibadtMU, rindu untk bertemu denganMU".



"YA ALLAH, berilah kami sentiasa beristiqomah melakuakan perintahMU, meninggalkan leranganMU, mencari redhaMU, dan mencari cintaMU....."



-amin-



9 comments:

Faiq said...

Bese r tuh bdk2 skrang. Mana nk fikir benda len. yg pntng enjoy. dpt top up RM10 dh mcm dpt mercdz...blik pad aagma n keimanan seseorg yu lah...;p

Mohd Halim said...

Salam Mardhiah, senario ini bukanlah gurauan. Sebagai orang yang diberi kesedaran kita kena buat sesuatu untuk menyedarkan orang-orang yang terdekat dengan kita.

Arfa Ardiya said...

Betul tu, En.Halim. Cuma, kadangkala kita akan terlupa dgn keadaan diri kita. Perkara yg begitu serius kadangkala dibuat main dan dipandang enteng. InsyaAllah, perkara ini juga akan diambil kira dalam setiap perlakuan mahupun kerja yang akan saya laksanakan. Dan sememangnya tugas kita untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Faiq said...

Saya setuju dengan apa yang dicoretkan oleh saudara Mohd Halim tu. Kita yang sedar ni, perlu fikirkan cara untuk menyedarkan mereka yang lain untuk kesejahteraan umat Islam bersama.
Dan kepada awak, Mar. Saya rasa tak salah jika awak selitkan tentang isu ni dalam penulisan awak.

Arfa Ardiya said...

Faiq:Memang tak salah malah dialu-alukan. Cuma perlu fikirkan cara penedekatan yang sesuai.... Apa-apa pun, thanx untuk komen anda semua di sini.. Bersama-samalah pastikan golongan Muslimah di luar sana tidak terpesong lagi...;-)

Hasif said...

Pendekatan yang nak digunakan kenalah selaras dengan kehidupan remaja sekarang...

D'end said...

mar:huhu...masalah bagi perempuan especially remaja...perasaan ingin tahu dan keseronokan mengatasi segala2nya... mereka buat tanpa memikirkan akibat dan kesan... huhu nak share something...malam tadi baru bersembang ngan akak aku pasal kes mcm ni la... then akak aku cite la pasal seorng hamba Allah yg bergelar ibu yg sanggup menghantar anak gadisnya ke klinik untuk tujuan menggugurkan kandungan selepas anaknya da terlanjur... kononnya nak tutup cerita dan malu tp sekarang cerita tu heboh di perkatakan...(ni bukan nk cerita keaiban org tau just nak kongsi sebgai pedoman)...so... sekarang ibu pun bersubahat dan mcm menggalakkan perlakuan anaknya... dan yg penting anaknya sekarang makin liar dan bebas... Ya Allah ape nak jadi sekarang ni... benda yang haram dan halal pun x leh nk dibezakan.... just sharing cerita ni supaya kita boleh renungkan dan berfikir... kpd ibu bapa jgn terlampau open minded terhadap anak2 anda, anda kene tegas dlm mendidik mereka bak kata pepatah melayu melentur buluh biar dari rebungnya dan anak umpama kain putih maka ibubapa lah yg mencorakkannya... tetiba teringat cara abah ngan mak aku jaga aku... biar garang...biar kene pukul dan rotan... biar diawasi sentiasa...biar kene bebel dan leter...yg penting anak jd manusia...so renung2kanlah....

Arfa Ardiya said...

Betul tu N... Kadang2 kita yang masih single lagi ni takut untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk generasi akan datang... Dan sememangnya, tugas itu akan menjadi lebih berat..

Adaw86 said...

Arfa:Kalo takut utk jd ibu bapa generasi akn dtg, y not u jadi ibu bapa generasi skrg??;-)

Related Posts with Thumbnails