Thursday, March 10, 2011

Perasaan...

Hari ni, aku masih menjalani kehidupan yang biasa.. sama seperti hari-hari yang lain. Selepas hal rumah tangga settle, aku buat kerja sendiri. Melayan karenah orang tua dan anak kecil agak mencabar kewibawaanku yang tergolong di kalangan orang-orang muda ini. Tapi, nak buat macam mana kan... dah ini jalan yang aku pilih. Apa yang penting adalah keikhlasan.

Hidup ini sebenarnya penuh dengan penantian. Siapa yang berkerja pasti menanti saat untuk pulang ke rumah. Yang sedang belajar, menanti kapan untuk berkerja. Bagi si isteri dan ibu, sudah tentu menanti kepulangan suami dan anak-anak yang dikasihi. Aku juga masih lagi setia menanti di sini.. menanti dengan penuh tanda tanya... dengan harapan yang aku sendiri tidak pasti.. Adakah aku masih di hatinya... dan adakah dia masih berada di hatiku?

Kecewa, sakit hati, marah, gembira, sedih.... semuanya sudah sebati dalam diriku. Ah, kadangkala kehidupan ini terlalu complicated aku rasakan. Ataupun, aku sahaja yang berfikiran begitu? Apa yang aku tahu, penantian ini terlalu siksa dan memeritkan. Tetapi, aku percaya di hujang segala kepahitan ini pasti ada manisnya.  Apa yang aku perlukan adalah BERSABAR di samping BERUSAHA serta FOKUS. INSYAALLAH, segalanya akan dipermudahkan oleh ALLAH.

Semoga dengan berita baik yang baru aku terima sebentar tadi dapat mengembalikan semangatku yang mula pudar sejak kebelakangan ini... dan perasaanku yang agak berkecamuk ini kembali tenang. ;-)

2 comments:

K.Mun said...

Sabar, doa, usaha dan tawakal.. itu yg terbaik untuk kita. Insya-ALLAH, pasti ada jalannya. Kita jalankan tanggungjawab kita. Yang lain, biar ALLAH yang tentukan.;-)

p/s;bila 'KH' nak diterbitkan?

Arfa Ardiya said...

InsyaALLAH.... ;-)
KH??? dalam mimpi... haha. ;p

Related Posts with Thumbnails