Wednesday, March 16, 2011

Hargailah Orang Yang Kita Sayang....

Salam semua. Pagi ini aku agak terkejut bila membuka satu email yang dikirimkan oleh seseorang. Email daripada orang yang tidak disangka-sangka... lalu kenangan lama menggamit memori. Ah, terlalu pedih untuk diingatkan kembali walaupun telah hampir LIMA TAHUN perkara itu berlalu. Kelekaanku ini telah membuatkan aku alpa dengannya yang telah lama pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. Aku terdiam lama di hadapan laptop.. bergenang juga kelopak mata ini bila mengimbas kenangan itu. kenangan yang takkan mungkin berulang. 

"bila dia dah tinggalkan kita selama-lamanya,

kita datang ziarah pusara dia,

kita kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita..
kita mintak maaf sebab pernah buat dia tunggu kita,
kita mintak maaf sebab pernah paksa dia layan kita time bosan,
kita mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah dia,
kita mintak maaf sebab pernah x hirau kan call dia,
kita mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati dia,
kita mintak maaf sebab pernah buat dia kelaparan sebab kita,
kita mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat dia,
kita mintak maaf sebab xpernah hiraukan sakit dia,
kita mintak maaf sebab pernah pentingkan diri sendiri,
kita mintak maaf sebab pernah tengok penderitaan dia..."


Bila melihat situasi semasa, tak salah rasanya kalau aku berpegang semula dengan kenangan lama itu jika ianya dapat menggembirakan hati ini walaupun untuk sedetik.....................

p/s: thanks, Sha untuk email tu.

7 comments:

Mis Sara said...

Do you know why a Car's WINDSHIELD is so large & the Rearview Mirror
is so small?
Because our PAST is not as important as our FUTURE. Look Ahead and Move on.
Tabahlah, mar.. semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Arfa Ardiya said...

Thanks, k.sara... mudah-mudahan begitu.

Faiq said...

Dah memang lumrah kehidupan.. manusia ni akn menghargai bila dah hilang... Apa yg penting, doa kita untuk si dia.
Lama juga x dengar khabar drpd Sha. sihat x dia, mar?

Adaw86 said...

Dah lama juga x dgr citer tentang Sha.. Alhamdulillah, nasib baiklah kau x terminate email kau yg lama, mar. kalau tak mesti lost contact. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
mar:nanti aku nk cntct no sha sekali. ;)

tukangtulisnota said...

u make me eager to noe! ape kehal doe

Arfa Ardiya said...

Faiq:Alhamdulillah, Sha sihat di samping keluarga tercinta. ;)Apa yg kamu cakap tu memang betul. Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan itu. Insya-ALLAH.

Adaw:Already sent to you. Kadangkala, kata hati kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Arfa Ardiya said...

Nita:Bila kita jumpa, kita cerita panjang. Tunggu kau free aje. ;)

Related Posts with Thumbnails