Friday, March 11, 2011

Bila Jemari Tidak Lagi Berseni...

Sedang aku sibuk meng'update' blog yang sekian lama terbiar ini, abah mengetuk pintu bilik untuk bertanyakan pendapat tentang sesuatu. Selepas berbual seketika, kakakku pula yang masuk ke bilikku. Katanya, tak boleh tidur. Pula tu, mengajak aku bermain SAHIBBA tengah-tengah malam. Cukup-cukuplah semalam kami berdua dan suaminya bersengkang mata untuk menyudahkan permainan itu sehingga jam menginjak DUA PAGI. ;p

Bila jemari tidak lagi berseni.... daya imaginasi seakan tidak berfungsi... idea untuk kesinambungan ms yang baru juga tidak ter'generate'... Dipaksa-paksa pun, ms yang 'kurang matang' pula yang tercipta nanti. 

Sudahnya, beberapa orang teman mencadangkan satu hobi yang baru untukku. PUZZLE 3D!!!! Yeah... Sanggup aku berulang-alik ke GIANT semata-mata nak beli benda-benda ni semua. ;-)
Selain itu, jigsaw puzzle + SAHIBBA + DAM HAJI pun boleh menjadi tarikanku untuk mengisi masa lapang.

Motor dan helikopter yg mnjadi 'impian' anak2 buahku.
Twin Tower vs Burj Al Arab









Sambil-sambil berusaha menyiapkan segala puzzle2 ini.. buku nota yang selalu berada di sisiku kadang-kadang 'berisi' juga dengan idea yang datang secara tiba-tiba. Come on, Ardiya!!! You can do it!. Semua yang di atas itu memang sekejap aje nak menyiapkannya tetapi tidak yang di bawah ini.. Inilah jadinya bila dah malas... Haha..
Sydney Opera House (separuh siap)
Ternanti-nanti juga bilakah masanya yang di atas itu akan berubah menjadi seperti ini.. haha.. ;p

7 comments:

jeff32 said...

Ahah, I didn't knw that u'd a new hobby. Well, so interesting. Good luck, D.

Iera89 said...

Wah!!! Kita ada hobi yang samalah K.Arfa.. ;-)
Tapi, bila dah ada banyak collection nanti.. kita juga yg pening mana nak letak.. hehe

K.Mun said...

Ahah... kat FB dah x active sangat ya? Lama sgt sydney house nk siap tu mar. rasanya dah nak masuk 2 bulan. hehe. kembalikan semangat anda.

Arfa Ardiya said...

Jeff:thanks... ;-)

Iera:huhu... ye ke? baguslah.. boleh kongsi hobi.. Tak payah tunggu banyak, yang sedia ada ni pun dah tak tau nak letak mana. hehe. ;-)

K.mun:haha...asal pegang benda tu aje, M datang balik. insyaALLAH, x lama lg siaplah tu. Thanks, kak sebab melawat di sini. ;-)

Azreens said...

Jangan lama sangat 'bersara' dari menulis kak... ternantikan buah tangan baru daripada akak.

Adaw86 said...

haha... ber'jeman' aku tunggu sydney house kau bila nak siap.. adeh.. pape pun, semoga kau happy selalu. ;)

Arfa Ardiya said...

Azreen:tengah nak berjinak2 balik dgn dunia penulisan. ;-)

Adaw:tak bolehlah nk siapkan. Berpuaka betul benda alah tu. Aku tunggu kau tolong siapkan. Boleh? huhu

Related Posts with Thumbnails