Wednesday, March 30, 2011

Bermulanya Di Sini..........

N 340 (2004-2008)
Saat tak berapa nak aktif di FB kelmarin, seseorang telah men'tagged'kan beberapa keping gambar. Dan bila diriku membukanya.... tada...... Memang mengejutkan dan menggamit terus kenangan lalu. Tak ku sangka meja studyku ketika bergelar pelajar di UiTM Segamat, telah dirakamkan oleh kenalanku. Bilik yang telah meninggalkan seribu kenangan setelah hampir lima tahun aku mendiaminya. Rasa rindu menggebu-gebu nak balik pada masa itu. Saat bergelak ketawa bersama teman-teman. Saat kena masuk 'bilik kebal'.. kena herdik.. denda dan maki dengan SENIOR. Hm.. semuanya mendewasakan diri. Dan bila ingat balik,boleh buat diriku tersenyum walaupun kenangan tersebut ada yang pahit.

Dan siapa sangka, segala yang menjadi nukilan hati dalam komputer berwarna hitam di atas telah berjaya dijadikan sebuah novel 'Cinta Jangan Sembunyi' (CJS). Mula ditulis pada tahun 2005 dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 2009. Ya ALLAH!! Lama sungguh diri ini mengambil masa untuk menyiapkan naskhah itu. Sebab itulah diri ini bersyukur ke hadrat ILAHI kerana telah mengurniakan seorang kakak yang terbaik di dunia ini. Jika tidak kerananya, pasti CJS takkan berjaya disiapkan. Dan sudah tentu, diriku ini tidak berada di sini(as a blogger and writer).

Apa yang penting bila terpandang gambar tersebut, kata-kata seorang teman kembali terngiang-ngiang di telingaku.

"Wah.. kau memang ada talentlah, Mar. Dah jadi novelis nanti, jangan lupa kitorang."

Ketika itu, aku hanya tersengih sahaja sambil menggelengkan kepala. ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik dan terburuk untuk hambaNYA. Jika tidak berlakunya 'perkara itu', aku mungkin tidak dikenali sebagai Arfa Ardiya. Walaupun pedih dan sakit, itulah yang perlu diharungi sebelum bergelar AA.

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." 

8 comments:

farieza_upm said...

Salam k.arfa. harap2 k.arfa sihat dan ceria selalu. Segala ujian tu menunjukkan yg ALLAH sygkn kita. Sekurang2nya k.arfa berjaya di sini. I'll support you. ;)

ziziemutiara said...

Salam, k.arfa. sy baru baca CJS.. TAHNIAH,kak untuk novel sulung.
sy student uitm sgmt.. stay kat kolej sektor A(blok lama yg telah diubahsuai). Tak sangka pula k.arfa ex stdnt uitm sgmt. u're my senior. hehe.

uitmsgmt2007 said...

teringat time dolu-dolu.. sekarang, perabot semuanya dah berubah....huhu

Arfa Ardiya said...

farieza:w'salam.. semoga awk pun begitu juga. thank you so much. ;-)

zizie:terima kasih sudi bc CJS.. eh, warga uitm kan ramai dan paling besar kat msia ni.. no wonderlah, kita seuniversiti... huhu ;)

uitmsgmt:menggamit kenangan. ;)

nur said...

waaa teringat time kat Uitm segamat dulu huhuhu.... skang kelas sumer dah warna warni meja n kerusi dia hehee

Arfa Ardiya said...

nur:semua teringat kenangan lama.. baguslah dah bertukar.. sekurang2nya uitm sgmt x suram lagi. ;-)

akuyangdulu said...

haha... confirm sektor a punya blok ni.... mmg old school lah.. dh lama x jejak ke uitm sgmt.
thanks, AA sebab buatkn diriku teringat zaman belajar.. saat ditengkin RS sebab main mercun kat wing. hehe.

exuitmsgmt said...

uitm sgmt tetap di hati... huuhuhuhu... nostalgia betul gmbr kat ats tu.
uitm... usaha taqwa mulia.. hehe

Related Posts with Thumbnails