Thursday, September 16, 2010

Raya bersama Teman dan Guru....


Setahun sekali bersua... sekali itu jugalah masing-masing akan mengusik antara satu sama lain. Tak kurang juga yang mengimbas kenangan lama sewaktu persekolahan dulu. Bila teringat kisah buku dicampak ke luar kelas, didenda duduk di korridor gara-gara tidak menyiapkan kerja, memang akan membuahkan tawa masing-masing. Ahah, bagus juga aku nakal masa dulu. Ada juga moment yang aku boleh ingat dan buat aku tersenyum sehingga ke hari ini.

Berjumpa dengan geng lama, memang best dan meriah. Pelbagai cerita dikongsikan. Dan untuk tahun ini, diriku memang selalu menjadi bahan usikan. Pantang salah cakap, ada saje yang akan berkata seperti ini "Maklum r, novelis r katakan." Memang sangat sengal.
Hm, bila cakap pasal berkunjung ke rumah cikgu ni, ada juga sesetengah guru yang mula cepat terasa bila dimamah usia. So, pandai-pandailah jaga bahasa dan tutur kata bila berbual dengan mereka. Dan yang paling penting, kad jemputan kahwin nanti WAJIB diberikan kepada mereka. Kalau tak, memang akan menjadi bahan bualan sehingga akhir masa nanti. Huhuhu.

Berkunjung ke rumah cikgu macam-macam hal yang jadi. Ada juga cikgu yang tidak mengenali diriku ini. Walau apapun, yang penting aku tetap ingat kat mereka. Sekadar bertanya khabar dan perkembangan diri mereka itu sudah seperti menjadi tanggungjawab pelajar kepada guru masing-masing. Semoga, lebaran tahun hadapan akan lebih ceria dan lebih berwarna-warni daripada tahun ini.

p/s:Beraya bersama member 5SC2 '03 mmg buat aku tersenyum sentiasa.

7 comments:

tukangtulisnota said...

aku mmg akan igt kad kadwin tuk mama kesygn ko tu. jgn lupe ye g menolong umah dia.moga ketemu jodohdi sana. hahah

Arfa Ardiya said...

huwa3......kad kawen aku untuk mama ko tu juga memang akn aku sediakan awal-awal...huuuhuu...
tapi, tang yg nk menolong d rumahnya tu aku masih berfikir lagi....memang tercangak-cangak je aku nant.....unless ko ada sekali.;p
bertemu jodoh di sana????oh.....x mungkin rasanya......kesetiaanku takkan tergugat.....ahaksss...;p

Anonymous said...

beraya dengan kawan2 memang best....
AA ni masih belum berpunya ke???adakah AA seperti watak Zuha dalam CJS?????

tukangtulisnota said...

wow. nak aku ada jugak. hish. suka sgt melekat dgn aku. ahhah.
aku try pulang untuk mama kita ye. huahua

Arfa Ardiya said...

anonymous:AA memang sentiasa x berpunya....ia hanyalah satu nama yg diberi...;p
Zuha dan semua watak di dalam CJS hanyalah rekaan shj...;)

Arfa Ardiya said...

nita:hahaha.....x reti aku nk membawa diri di rumahnya nanti...aku keep on wondering juga knp aku yg terpilih ya????;p
pape hal nanti, inform awal ok...aku takut aku ada hal je nanti.

tukangtulisnota said...

ceh. ok. awak kan bz =D

Related Posts with Thumbnails