Friday, April 1, 2011

Bicara Tentang Cinta... 5


Salam buat peminat ruangan 'Bicara Tentang Cinta'. Maaflah kerana sudah lama tidak meng'update' ruangan ini. InsyaALLAH, ruangan ini akan kembali diisi dengan topik-topik yang menarik untuk perkongsian bersama. ;-)

Untuk post kali ini, saya akan mengetengahkan isu 'Cinta Jarak Jauh.' Ianya sudah biasa didengar tetapi seringkali juga hubungan yang pernah wujud terputus disebabkan ini. Untuk mempertahankan sesuatu hubungan itu bukan mudah jika tiadanya kesabaran, toleransi dalam diri. Justeru itu, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk dalam CJJ ini.    Mudah-mudahan ianya berguna..


  • Tunjukkan perhatian kepadanya. Kirimkan sesuatu yang boleh menyentuhnya dan membiarkan si dia tahu bahawa kita sedang memikirkannya. (E-card.. buku kegemaran).
  • Usah biarkan perselisihan berpanjangan kerana dikhuatiri luka itu semakin parah dan sukar disembuhkan.
  • Ambil peluang yang ada sementara berjauhan ini untuk melakukan aktiviti yang jarang kita lakukan ketika si dia berada di sisi. (Bertemu dengan rakan-rakan..)
  •  Berhubung walaupun sekadar bercerita tentang kehidupan seharian yang agak membosankan.
  • Percaya dan sabar bahawa setiap yang berlaku pasti ada manisnya... Berdoa untuk kesejahteraan bersama. 

    Sekian saja buat masa ini.. kalau sesiapa nak buat tambahan, dipersilakan. Jadikanlah tempat ini sebagai medan perkongsian sesama kita. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang lain.

    p/s: Jangan cintamu itu berlebihan... dan janganlah marah kamu itu merosakkan.

    18 comments:

    ahmaddin said...

    -kepercayaan tu penting dlm hubungan... kalau xde, semuanya boleh terbalik.

    -elakkan drpd mndengar kata2 orang luar. bahasa mudahnya, jgn terpengaruh dgn sgl hasutan drpd kawan2 yg kadang2 cemburu dgn kita.

    Adaw86 said...

    busykan diri dengan kerja yang berfaedah.. barulah kita x teringat sangat dengan org jauh.. dan fikiran kita pun sukar dikaburi dengan segala kt hati yg akhirnya membinasakan diri sendiri. ;)

    aziemah_s.alam said...

    ahmaddin:kepercayaan tu memang penting.. tapi perlu berpada juga. kebanyakan runtuhnya mahligai yg terbina ataupun terputusnya sesuatu hubungan samada cinta mahupun persahabatan gara-gara terlalu percayakan pasangan masing-masing.

    AA:thanks untuk post kali ini. ;)

    Arfa Ardiya said...

    ahmaddin:you're rite... kalau boleh elakkan daripada bicara 'rumah tangga' sesama kawan. kalau yang baik, boleh dikongsikan bersama. ;)

    Arfa Ardiya said...

    adaw:yupp.. setuju sangat dengan apa yg kamu tulis tu... ddk berdiam diri buatkan kita selalu fikirkan si dia dan terus berfikir yang bukan2...

    aziemah:sama-sama. ;)

    ahmaddin said...

    aziemah: yeah betul tu. kepercayaan pun perlu diberi perhatian juga.. yang penting, semuanya berbalik pd diri sendiri. kalau kita rasa kita nak ada komitmen dengan si dia, automatik, kita takkan terpengaruh dengan benda2 yg remeh.

    AA:Seeloknya bicara dengan orang yang lebih arif tentang sesuatu... tp biasanya kita ni ikut hati n perasaan.. cepat sgt berburuk sangka dgn pasangan.

    Faiq said...

    kejujuran... keikhlasan... kesetiaan.. bersangka baik.
    DOA.... ;)

    K.Mun said...

    Salam, Arfa.
    Bila si dia x mampu beri perhatian pd kita.. mulalah kita berfikir yg tidak2... so, tanya diri kita perhatian mcm mn yg kita nakkan???
    secara x sedar, kita lebih mendamba kasih drpd si dia drpd mendambakan kasih ILAHI.

    Kalau kita faham konsep CINTA tu, jauh atau dekat takkan jadi masalah. hehe.

    jeff32 said...

    when she/he sent email/sms to us.. make a call.. make sure that we reply or return the call to her/him. Don't ignore all those things.

    Woen sometimes unpredictable n cepat tersentuh.

    Mis Sara said...

    Hye.. just wanna sharing together. For those yg berjauhan ni, jgnlah cepat terasa kalau si dia x dapat ikut kehendak kita. We should understand each other... n put ourslvs in her/his shoes. insyaALLAH, everything's will be ok. ;-)

    Adaw86 said...

    jeff32:u talked based on pengalaman sendiri? hehe..

    AA:sementara si dia xde, kita layanlah org yg sudi melayan kita... ;)

    Arfa Ardiya said...

    Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi tips untuk CJJ.. ;-)

    Anonymous said...

    we should put on trust each other, jangan biarkan keraguan menghatui diri serta jangan terlalu memikirkan orang jauh...

    Arfa Ardiya said...

    Anynomous: Yeah... setuju sangat dengan kamu.. terima kasih kerana berkongsi di sini. ;-)

    tukangtulisnota said...

    kalau memang itu cinta, jarak tak bermaksud apa2x.

    kalau mmg benar itu cinta,
    holland pon boleh jadi sebelah tanggabatu. =)

    Arfa Ardiya said...

    tkngtlsnota: yupp betul tu... kamu semakin memahami 'alam' itu.. ;p

    tukangtulisnota said...

    haha. " alam " itu bukan milik aku. hahhaha

    tak gigih macam ko. hahah =P

    Arfa Ardiya said...

    nita:gigihlah sgt kan.. kadang2 smgt merudum juga. ;p

    Related Posts with Thumbnails