Assalamualaikum. Harap-harap semuanya berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Keadaan saya? Alhamdulillah, semuanya baik. Bak kata orang putih, 'everything's under control.' Ada juga yang bertanya ke mana menghilangnya AA / MM untuk beberapa minggu ini. Jawapannya, saya masih di sini cuma agak sibuk menguruskan beberapa perkara. Lebih-lebih lagi dengan lappy kesayangan 'masuk hospital.' Lumpuh seketika aktiviti yang melibatkan dunia jalur lebar ini. ;)
Semasa kenduri aqiqah diadakan, saya sempat bertemu dengan salah seorang saudara jauh yang baru sahaja putus tunang. Terperanjat bukan kepalang lagi bila melihat tubuhnya yang terlalu susut itu. Walaupun bibirnya mengukirkan senyuman, namun kesedihan dan kekecewaan terpancar dari anak matanya.
Siapalah yang tidak mahu mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi ketika hati tercuit melihat keletah anak-anak kecil yang begitu menghiburkan. Ketika melihat pasangan suami isteri bergurau-senda. Ah, semuanya bisa menjentik satu perasaan di dalam hati ini. Tiada jodoh. Apa lagi yang boleh kukatakan lagi? Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk saudara perempuanku itu.
Situasi ini mengingatkan saya tentang ceramah yang pernah diberikan oleh seorang penceramah bebas. "Mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kat luar sana tak payahlah sibuk bertanya kenapa kau tak kahwin lagi? Takkan dah tua baru nak kahwin?
Usah ditanya kepada mereka yang masih lagi bersendiri. Ini kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Mungkin mereka masih lagi belum bersedia untuk memikul segala tanggungjawab. Dan kepada yang masih solo lagi usah meratapinya kerana gunakanlah peluang yang ada ini untuk mengejar cinta ILAHI. Masing-masing ada bahagian masing2 untuk mendapatkan pahala. Bila tiba masanya, ia pasti akan sampai juga."
p/s:Sampai di sini sajalah yang mampu saya coretkan kerana masih ada lagi tugas lain yang perlu saya laksanakan. Jika ada kelapangan mungkin isu ini boleh dipanjangkan. Dan seperti biasa, segala pendapat serta pandangan anda semua berhubung topik ini amatlah dialu-alukan. Semoga bertemu lagi.
3 comments:
hal ni sepatutnya dah x jadi masalah besar lagi. dah ramai perempuan x kawen kat luar sana. masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah. papepun, semoga saudara kamu itu mendapat pengganti yg lebih baik. amin. ;)
comel arfa jr kat atas tu. hehe.
saya setuju sgt dgn apa yg kamu ckpkn tu AA. org yg lebih tuA patut tahu dan lebih peka dgn perasaan org muda. bukan main belasah je ckp nak sakitkn ht kita yg muda ni.
kalau nk bertegur pun biar berhemah. sy rasa dorang patut ditarbiyahkan.. kalo org muda je yg dgr ceramah.. motivasi pun x guna jgk. betul x?
berbalik pd soal kawen ni, dorang sume xde hak nak cakap seseorang tu laku ke tak. dorang kena set dlm mind dorg yg keadaan dah berubah. dan yg perempuan plk jgnlh cpt melatah. xyahlah rasa tercabar or terhina bila dikatakan x laku. yg penting kita tau diri kita. ALLAH x pernah meninggalkan hambaNYA yang memerlukan.
peace no war.
Jodoh, Maut, Rezeki... semua di tangan-NYA...
Post a Comment